Pelakon dan juga penyanyi, Daiyan Trisha mengaku dirinya gembira apabila ditawarkan dengan watak pelajar sekolah meskipun usia sudah pun mencecah 26 tahun.
Tidak merasa janggal, Daiyan bakal membawakan watak tersebut menerusi drama siri berjudul Project Anchor SPM arahan pengarah Raza Isyam.
Daiyan juga berpendapat bahawa bentuk badannya yang kecil molek dan personalitinya yang ceria itu telah melayakkan dirinya untuk menggalas tanggungjawab bagi membawa watak sebagai seorang remaja.
View this post on Instagram
Difahamkan bahawa Daiyan sebelum ini pernah membawa watak seorang pelajar kolej dan ini merupakan kali kedua dia diberikan kepercayaan untuk membawa watak sedemikian.
“Saya gembira masih diberi peluang untuk pegang watak budak sekolah, mungkin mereka nampak fizikal dan personaliti saya sesuai dengan watak seperti itu. Ia bagus untuk kerjaya lakonan saya dan saya mahu dilihat sebagai pelakon yang serba boleh,”
Tambah Daiyan lagi, dia menerima tawaran untuk berlakon dalam drama siri itu kerana tertarik dengan jalan cerita yang menarik serta sarat dengan mesej serta pengajaran di sebalik lakonan.
View this post on Instagram
Selain Daiyan, drama tersebut turut menampilkan pelakon Aedy Ashraf dan Shasha Abedul. Drama siri terbitan syarikat produksi Alpha47films itu mengisahkan mengenai beberapa orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar tahun 2000 yang lalu.
Sumber : mStar Online