Seorang wanita dari Singapura berkongsi tentang pengalamannya bersama seorang pemandu Grab ketika melancong ke Johor Bahru (JB) beberapa bulan lepas.
Menerusi video di TikTok, wanita bernama Alayna itu mendedahkan dia bercuti seorang diri ke JB dan mahu melawat taman kelip-kelip.
Bagaimanapun, kata Alayna taman itu terletak jauh dan lebih mudah jika dia mengupah pemandu persendirian dan ketika itulah dia hubungi pemandu Grab tersebut.
Namun, sebaik sahaja dia memasuki kenderaaan itu semuanya berubah kerana tingkah laku pemandu lelaki berkenaan yang disifatkan ‘creepy’.
Dia tengok saya atas bawah. Bukan tengok seperti biasa tetapi dengan cara yang menyeramkan. Dia tanya saya tak takut ke berseorangan, mungkin saya akan diculik oleh dia.
Meskipun pemandu itu menunjukkan beberapa tingkah laku yang menyeramkan dan seperti ‘pervert’, Alayna cuba tenangkan diri dan tidak berfikir bukan-bukan.
Namun, ketika dalam perjalanan pulang dari taman tersebut pemandu berkenaan didakwa membuat komen rasis dan turut bertanya soalan sensitif.
Bila (umur berapa) awak hilang dara awak?”
@peltings I dont think I’ve ever felt so scared in my entire life ? #malaysiatiktok #johorbahru #sgtravel ? original sound – alayna ?