Umur 54 Tapi Macam 30! Nasha Aziz Tampil Di Pentas Peragaan, Netizen Terpukau Lihat Kecantikan Tetap Kekal

Hiburan

Umur 54 Tapi Macam 30! Nasha Aziz Tampil Di Pentas Peragaan, Netizen Terpukau Lihat Kecantikan Tetap Kekal

SIAPA kata umur 54 tahun tak mampu beraksi di pentas peragaan? Itulah yang dibuktikan oleh supermodel dan pelakon terkenal, Nasha Aziz, ketika tampil di sebuah acara fesyen di Kedah baru-baru ini.

Diva sendiri terkejut melihat Nasha yang masih anggun di usia tersebut, malah bertambah mempesona ketika menyarung gaun kembang rona putih yang elegan.

Advertisement

Video kemunculan Nasha yang dimuat naik oleh akaun Kedah Kini di TikTok kini tular, meraih lebih 500,000 tontonan. Ramai yang memuji aura dan pesona Nasha, malah mengakui bukan semua yang mampu beraksi sebegitu di pentas peragaan ketika usia mencecah 50-an.

Kehadiran Nasha nyata memukau, sehingga ada yang tertanya-tanya rahsia dan amalan rutin yang diamalkannya untuk kekal cantik dan menawan.

@kedah_kini

The best fashion designer from Kedah GENS GREAT IDEA in conjunction with Kedah Fashion Week 2025.. Congrats @ikmal_mukmin #kedahkini #kedahfashionweek2025 #amancentral #KFW25 #KFWEvolut10n #alorsetar

? original sound – Kedah kini – Kedah kini

“Hairan betullah, dia makan apa sampai dapat badan cantik begitu sehingga hari ini?”

“Dia cantik pada usianya, tak perlu bersaing dengan mana-mana artis atau model lain,” komen netizen.

Dalam pada itu, ramai juga meluahkan rasa rindu untuk melihat Nasha kembali beraksi di layar kaca. Mereka berharap aktres itu akan muncul semula dengan drama baharu dalam masa terdekat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Penampilan DS Haflin dikecam
2025-08-09 11:17:39

Pakai Songket Macam Mini Skirt Di KLFW, DS Haflin Nazri Aziz Buat Netizen Sakit Mata - "Macam Balik Snorkeling!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...