Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Umur 50 Tahun Masih Jadi Heroin, Che Ta Buktikan Dirinya Masih Relevan Dalam Dunia Seni

Menjadi warga emas bukanlah penghalang buat pelakon cantik, Rozita Che Wan untuk terus kekal relevan dalam dunia seni.

Meskipun sudah mencecah umur 50 tahun, Rozita yang sudahpun 13 tahun menceburi dunia lakonan pastinya sudah mempunyai banyak pengalaman sepanjang dalam dunia lakonan dan bergelar artis.

Advertisement

Walaupun begitu, ibu kepada tiga orang cahaya mata yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta ini kini lebih realistik dalam soal mempertimbangkan tawaran berlakon.

“Kalau penyanyi pertaruhkan lagu yang baik untuk melonjak naik, saya percaya pelakon juga bergantung kepada skrip untuk terus membuktikan kemampuannya mewarnai watak diamanahkan. Kalau drama itu nak heroin berusia 25 tahun atau yang lebih muda, saya mungkin sudah tidak layak. Namun kalau ada skrip memerlukan watak yang bersuami muda atau pergolakan wanita matang, saya boleh mencubanya.”

Turut meluahkan rasa kesyukuran kerana masih ada yang menghargai bakat yang dimiliki, Che Ta berharap bahawa penerbit serta pengarah drama dan filem lebih mengutamakan bakat lakonan dan tidak menjadikan umur sebagai faktor penghalang.

Perkembangan terkini, Rozita Che Wan kini sedang menjalani penggambaran drama Dia Isteriku arahan Ayie Mustafa dan difahamkan dia telah memegang watak utama menerusi drama 13 episod itu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama