Umur 30 Tahun Baru Buat Solat Dhuha, Syatilla Melvin Akui Malu Dengan Diri Sendiri

Hiburan

Umur 30 Tahun Baru Buat Solat Dhuha, Syatilla Melvin Akui Malu Dengan Diri Sendiri

Pelakon yang kini usahawan, Syatilla Melvin mendedahkan bahawa dia hanya pandai untuk melakukan solat dhuha hanya ketika umurnya mencecah 30-an.

Syatilla MelvinSumber : Instagram Syatilla Melvin  

Menurut Syatilla lagi, dia mengakui berasa amat malu dan menyesal dengan Yang Maha Pencipta kerana merasakan terlalu lewat untuk belajar mengenai kelebihan solat sunat ini.

Advertisement

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini menambah bahawa dia merasai sebuah perasaan yang luar biasa apabila mengamalkan solat sunat itu setiap hari.

Dedahnya lagi, dia mula belajar tentang cara melakukan ibadah tersebut menerusi pencarian di internet seperti Google dan Youtube.

“Berpuluh tahun hidup tak pernah buat solat Dhuha. Ya Allah malu sebenarnya nak mengaku tapi Tilla percaya mungkin ada juga hamba Allah yang pernah ada dekat tempat Tilla hari ini. Dulu solat yang wajib pun rongak-rongak, apatah lagi yang sunat. Segan dan malu gila nak mengaku sebenarnya, takut orang fikir bukan-bukan, takut orang kutuk, takut orang anggap kita bukan-bukan.”

Tambahnya lagi, setelah mempraktikkan solat sunat tersebut hampir setiap hari, Syatilla seolah-olah merasakan suatu perasaan ‘bersalah’ apabila meninggalkannya untuk sekali.

Dengan perkongsiannya itu, Syatilla berharap mereka di luar sana yang masih belum pernah mencubanya dapat membuka hati untuk menunaikan solat sunat tersebut apabila berpeluang kerana ianya terkandung pelbagai hikmah dan pahala jika dijadikan amalan.

Sekadar info, solat sunat Dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah naik matahari pada waktu pagi, iaitu sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari iaitu sebelum tiba waktu Zohor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Syatilla Melvin

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...