Personaliti media sosial, Dahlia Rizal mendedahkan bahawa dia hanya menyedari kewajipan membaca surah Al-Fatihah dalam setiap rakaat solat ketika berusia 15 tahun.
Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal berkongsi kisah itu menerusi satu hantaran di platform Threads miliknya.
Saya baru tahu tentang ini (bacaan wajib Al-Fatihah setiap rakaat) ketika saya berusia 15 tahun iaitu semenjak saya datang bulan pertama kali pada umur 12 tahun.
Sampailah umur 15 tahun saya hanya baca Al-Fatihah rakaat pertama sahaja.
Walaupun terlewat mengetahui perkara itu, Dahlia tetap bersyukur kerana ia masih disedari ketika usia remaja.
Isteri kepada pelakon Imran Aqil ini turut berkongsi bahawa dia kini sedang berusaha menggantikan solat yang tertinggal.
“Saya sedih sebab tak tahu awal tentang perkara ini, Alhamdulillah juga saya tahu ketika masih remaja. Memang saya terus cuba untuk qada semua solat-solat itu,” katanya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.