Umur 12 Tahun Datang Hospital Nak Terberanak, Doktor Ini Kongsi Pengalaman Hadapi Kes Rogol Statuari

Berita

Umur 12 Tahun Datang Hospital Nak Terberanak, Doktor Ini Kongsi Pengalaman Hadapi Kes Rogol Statuari

Seorang doktor wanita tampil meluahkan rasa terkilan meskipun sering kali menghadapi kes melibatkan remaja bawah umur seawal usia 12 tahun dalam proses melahirkan bayi.

TikTok
2 bulan lalu

Tular Video Bekas Suami Tak Bagi Peluk Anak, Rupa-Rupanya Ada Kisah Lain Di Sebaliknya

Advertisement

Dr Najdah Othman yang pernah bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor memaklumkan bahawa kes rogol atau hubungan seksual secara sukarela dengan atau kanak-kanak merupakan kes-kes yang sering mereka hadapi.

Katanya lagi, dia berasa sedih dan terkejut apabila menerima kes seperti itu dan beranggapan golongan ini didedahkan terlampau awal dengan budaya-budaya lucah seperti video pornografi di media ataupun pergaulan bebas dengan teman-teman.

Advertisement

Walaupun kerap jumpa (kes rogol statuari) tetap akan ada rasa terkejut. Ada yang mengandung, ada yang tak tapi disabitkan tetap sama bawah statutory rape cuma nak sabitkan kesalahan itu tergantung kepada siasatan dan bukti kes.

 

RogolSumber : Google  

Tapi saya nak mereka di luar tu tahu yang hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur ni ada hukumannya tak kira mereka melakukannya secara suka sama suka, biar mereka fikir banyak kali sebelum terlibat tak kira lelaki mahupun perempuan.

Justeru itu, Dr Najdah menggesa agar ibu bapa seharusnya mendedahkan anak-anak dengan pendidikan seksual sejak awal lagi supaya mereka peka dan lebih berhati-hati.

Anak-anak kena tahu bahagian tubuh mana yang boleh disentuh, apa yang tidak boleh disentuh dan tak boleh dilihat oleh sesiapa pun, dan apa kesan daripada perlakuan mereka. Bagaimana nak bezakan sentuhan kasih atau grooming daripada orang yang dikenali. Ibu bapa juga perlu memantau penggunaan telefon bimbit serta pergerakan anak-anak.

Akhirinya lagi, kesan kehamilan kepada remaja bawah umur ini sangat besar kerana kebanyakannya boleh menimbulkan kesukaran semasa proses kelahiran serta komplikasi kelahiran yang tinggi sehingga boleh mengancam nyawa ibu dan anak di dalam kandungan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    October 20, 2021 at 2:25 am

    Pedophilia ni jenayah berat. Boleh x if kerajaan Malaysia hukum gantung sampai mati org2 yg buat hubungan seksual with minor? And tlg la Kementerian Pendidikan. Please add in sex education as a must subject in their module. Those yg bawah 12 tahun, pihak hospital, police or anyone yg professional buat taklimat or aktiviti utk kanak2 & of course diaorg punye guardian utk belajar how to handle to prevent this situation. Bagi condom free is not an issue, but the morale is very low!

  2. Anon

    October 19, 2021 at 6:25 pm

    Itu la zaman dah modern. Melayu2 jer kalau sembang bab2 kawin datang yg single terus senyap konon dia blum kawin. Tak tahu… Yg tahu asyik kompang mlm jumaat. Sunnah konon. Yg ingat sex je. Yassin kemana solat kemana. This is sick! Padahal aku kenal single late 20s jadi kaunselor pd mmber yg ada masalah rmhtangga dan byk umur dah. Hasilnya 2 rujuk balik, 1 cerai selepas 10 tahun tergantung tak bertali. Be open ok? Bab sex ramai yg dah tahu even single okey??

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...