Pelakon, Shasha Abedul memaklumkan dirinya kini sudah mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu yang lalu.
Shasha berkata, ikatan itu merupakan tanda permulaan kepada perjalanan yang indah buat mereka berdua dalam melangkah ke alam perkahwinan.
Hari ini, (11 Januari), kami meraikan cinta. Murni, ikhlas, tanpa syarat dan abadi.
Detik ini menandakan permulaan perjalanan yang indah, menjanjikan untuk menghargai, menyokong dan berkembang bersama.
Cintamu terpancar melalui setiap pandangan, setiap senyuman dan setiap sentuhan.
Perkara ini telah dikongsikan menerusi akaun Instagramnya dan dia turut memuat naik beberapa foto ketika majis berlangsung dan foto bersama lelaki pilihan hatinya.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, identiti jejaka tersebut dirahsiakan.
Shasha turut berharap agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke jenjang pelamin.