Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Umum Sudah Berhijab, Mawar Rashid Pohon Doa Orang Ramai Supaya Sentiasa Istiqamah

Pelakon berbakat dan juga bintang TikTok, Mawar Rashid telah mengumumkan berita penghijrahannya iaitu dia kini sudah berhijab sepenuhnya sempena Awal Muharam yang disambut baru-baru ini.

Dia yang mula mengenakan hijab pada jumaat lalu turut meminta doa orang ramai supaya dirinya sentiasa istiqamah dalam penghijrahannya kali ini.

Advertisement

Mawar mengumumkan berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman instagramnnya, semalam.

“Muharram 2, 1442. Berkat hari jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula. Doakan mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T. Aamiin..”

Ketika meninjau laman instagramnnya, Mawar dilihat sudah berhijab sejak beberapa bulan lalu dan gambarnya tidak memakai tudung pula telah dipadam sepenuhnya.

View this post on Instagram

Raya tahun ni tema warna apa korang?? . . . @mawarosehq Baju @hijabista.hub Tudung @zeezscarves

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

 Peminat serta pengikut pelakon itu di instagram rata-rata turut mendoakan dan bersyukur atas penghijrahan Mawar kali ini. Malah rakan-rakan artis turut menyambut baik perubahan Mawar ke arah kebaikan itu. Semoga istiqamah hendaknya!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Zarina Zainoordin

    August 22, 2020 at 7:07 pm

    OK LA TUH. GAMBARMU YANG TANPA TUDUNG TERMASUK BERPAKAIAN TANPA LENGAN ATAU LENGAN PENDEK DAH BUANG KE?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top