June 2nd, 2011

umrah ziarah

Sempena menyambut Ramadhan pada tahun ini, Zeelwafa Holidays Sdn. Bhd. (Zeelwafa) membawakan sebuah pakej Umrah Eksklusif Awal Ramadhan, bertemakan Nikmat Ramadhan Di Sisi Baitullah. Turut menyertai umrah ini ialah penyanyi nasyid, serta pengarah muzik dan pengacara rancangan keislaman, Hafiz Hamidun.

Umrah atau ziarah ke tanah suci Mekah amat dituntut sepanjang Ramadhan. Perkara ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci iaitu Mekah dan pada bulan mulia, Ramadhan.

Dalam hadis, Rasulullah SAW pernah menjelaskan kepada wanita Ansar, Ummu Sinan mengenai kelebihan umrah pada bulan Ramadhan. Baginda bersabda bermaksud: “Apa yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?”

Wanita itu menjawab: “Keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si polan (suaminya) untuk mengerjakan haji bersama anaknya, manakala yang lain dipakai untuk memberi minum anak kami.”

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila datang bulan Ramadhan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.”

Jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran disebabkan meraka mengerjakan ibadat lain di Masjidil Haram iaitu masjid paling mulia di sisi Allah diikuti Masjid Nabawi, Masjid Al Aqsa dan Masjid Kiblatain.

Diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran. Ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu, bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti Qiamullail, membaca Al Quran dan iktikaf. Di samping mengerjakan ibadah umrah seperti tawaf dan saie, jemaah berpeluang mengunjungi Masjid Nabawi. Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala.

Begitulah besar nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada jemaah-jemaah yang mengerjakan ibadah Umrah di bulan ramadhan.

Pihak Zeelwafa menyediakan pakej Eksklusif yang menawarkan penginapan di hotel lima bintang yang terdekat dengan Kaabah Al-Musyarrafah, iaitu Safwah Hotel Tower, serta penerbangan dari Malaysia menaiki pesawat Emirates. Jemaah bertolak pada 27 Julai 2011 dan berada di sana sehingga 7 Ogos 2011, iaitu pada 7 Ramadhan 1432H.

Sebarang pertanyaan berkaitan Umrah Eksklusif Awal Ramadhan ini boleh diajukan terus kepada pihak Zeelwafa di talian 03-6187 3566 / 03-6193 3566.


Comments are closed.

Loading...