‘Umpan’ Jajan Dan Makanan Ringan, Altimet Kongsi Tips Didik Anak Puasa Penuh Dan Tarawih

Hiburan

‘Umpan’ Jajan Dan Makanan Ringan, Altimet Kongsi Tips Didik Anak Puasa Penuh Dan Tarawih

Penyanyi dan juga komposer, Altimet menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada berkongsi tips untuk menarik minat anak-anak untuk berpuasa penuh dan menunaikan tarawih di bulan Ramadan ini.

Menurut Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad,42, dia menawarkan ganjaran seperti snek makanan ringan dan jajan untuk anak-anaknya yang berjaya puasa penuh.

Advertisement
AltimetSumber : Instagram Altimet  

Dalam hantarannya itu, dia memuat naik foto sebuah bakul penuh berisi makanan ringan sebagai ‘habuan’ untuk permata hatinya dan isteri itu.

“Ha!Inilah dia bakul Ganjaran Ramadan. Mana anak baba yang puasa, solat tarawih lengkap, dapat ambil satu barang (makanan ringan) dari bakul ini setiap hari.”

View this post on Instagram

A post shared by Altimet (@altimet)

Ujar penyanyi lagu Amboi itu lagi, pemikiran anak-anak kecil tidak sama dengan orang dewasa seperti memikirkan soal pahala mengerjakan puasa di bulan yang mulia ini.

“Anak-anak ini bukan macam kita, boleh fikir jauh untuk kumpul pahala..” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Altimet (@altimet)

View this post on Instagram

A post shared by Altimet (@altimet)

Hanya ingin memberikan motivasi dan semangat untuk tiga orang cahaya matanya mengerjakan ibadah yang disambut sebulan dalam setahun itu, Altimet turut menerima pujian daripada netizen yang menganggap idea tersebut sebagai bernas dalam ‘memancing’ minat kanak-kanak untuk berpuasa.

Terdahulu, Altimet telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...