“Ummi Sayang Daddy Ameena, Tapi Ummi Tak Boleh Bersama Sampai Waktu Ini..” – Luahan Shakilla Khoriri Undang Sebak Netizen

Hiburan

“Ummi Sayang Daddy Ameena, Tapi Ummi Tak Boleh Bersama Sampai Waktu Ini..” – Luahan Shakilla Khoriri Undang Sebak Netizen

Pelakon Shakilla Khoriri baru-baru ini ada menitipkan nasihat buat anak perempuan, Ameena Sofia ketika sesi temu buat bersama Majalah PaMa.

Ucap Shakilla, dia berharap Ameena dapat melihat video tersebut kelak dan memahami apa yang telah berlaku sudah ditetapkan Allah S.W.T dan dia sebagai ibu sentiasa ingin melakukan yang terbaik buat anak kesayangannya itu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Tambahnya lagi, kehidupan mereka berdua kini lebih tenang dan gembira setelah melalui pelbagai kesusahan sebelum ini.

Hari demi hari perjalanan yang sukar dah jadi semakin baik. Sakit dan parut semakin pudar. Aku dah Ameena dah terbiasa dengan apa yang kami jalani setiap hari. Lebih tenang. Lebih bahagia.

Kata Shakilla, bila dirinya terpaksa memilih kerjaya ataupun anak, dia dengan yakin menulis bahawa Ameena adalah keutamaan dan pastinya, duit boleh dicari kerana rezeki itu ditentukan oleh Allah S.W.T.

Satu persatu keburukan yang hilang tanpa aku sedar itulah yang terbaik untuk aku. Satu persatu datangnya kebaikan yang aku tak terjangka. Keburukan yang hilang tanpa aku sedar itulah yang terbaik untuk aku.

Dia dalam pada itu turut menjelaskan bahawa dia menyayangi Fizi Ali sebagai suami dan bapa kepada anaknya namun takdir Tuhan lebih mengetahui mengapa mereka terpaksa berpisah.

Semoga kasih sayang untuk Ameena Sofia lebih mencurah, sentiasa ada kebaikan yang datang untuk Ameena, sentiasa berada dalam lindungan Allah walau jauh dari pegangan dan peluk aku.

Sekadar info, Shakilla Khoriri telah mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun bercerai hujung tahun 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fyna Jebat
9 months ago

Mohon Faham Dirinya, Fyna Jebat Ulas Hubungan Dengan Zainal Abidin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...