Ummi Nazeera Sudah Bersara Daripada Dunia Hiburan?

Hiburan

Ummi Nazeera Sudah Bersara Daripada Dunia Hiburan?

Tahukah anda sudah hampir 6 bulan Ummi Nazeera tamat belajar di Australia dan pulang ke Malaysia? Namun sehingga ke hari ini, tiada satu pun penampilan Ummi Nazeera di dalam mana-mana majalah, suratkhabar ataupun portal hiburan tanah air. Tiada temuramah, tiada wawancara, tiada photoshoot dan tiada informasi terkini mengenai perancangan masa depannya daripada tuan punya badan.

ummi nazeera

Advertisement

Namun Ummi Nazeera sangat aktif berkongsi gambar-gambar aktiviti yang dihadirinya menerusi akaun Instagram miliknya. Dari pemerhatian Abang Nara, Ummi Nazeera sering menghadiri ceramah-ceramah agama, kelas belajar solat dan amat aktif dalam program dakwah terutamanya yang melibatkan kaum Hawa. Malah Ummi juga sering berkongsi maklumat aktiviti keagamaan yang akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur.

ummi nazeera

Abang Nara pasti banyak yang tertanya-tanya sama ada Ummi Nazeera sudah mengambil keputusan untuk bersara sepenuhnya daripada dunia hiburan tanah air dan memfokuskan dirinya dalam bidang dakwah. Jika benar, ia adalah satu keputusan yang amat bijak dan harus dipuji. Abang Nara lihat Ummi boleh menjadi ikon kepada para kaum Hawa yang masih remaja di luar sana. Ummi bijak, cantik, mempunyai perwatakan yang menarik dan ada pengaruhnya yang tersendiri.

ummi nazeera

Sekiranya benar Ummi tidak akan aktif dalam bidang hiburan lagi, ia adalah satu kerugian besar buat industri kita kerana Ummi adalah antara pelakon yang amat berbakat besar. Namun Abang Nara percaya ia adalah keputusan terbaik buat Ummi. Apa pun keputusan yang diambil oleh Ummi Nazeera, sama-samalah kita doakan yang terbaik. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel sepenuhnya.


ummi nazeera

ummi nazeera

ummi nazeera

ummi nazeera
ummi nazeera

ummi nazeera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...