Sekiranya anda seorang muslimah yang dahagakan ilmu, perkongsian cerita dan mahu mencari motivasi untuk menjadi seorang wanita yang lebih baik, program The Bidadari 2014 adalah yang terbaik buat anda. Bakal berlangsung pada 30 dan 31 Ogos ini di Putrajaya, The Bidadari 2014 menjanjikan 2 hari yang penuh inspirasi dengan senarai nama-nama besar seperti Prof Dr Muhaya, Ummi Rose, Dina Almashoor dan ramai yang lagi yang akan turun padang untuk memberikan kata-kata penuh motivasi untuk para hadirin.
Bukan itu sahaja, selebriti-selebriti yang telah berhijrah ke arah lebih baik seperti Ummi Nazeera, Natasha Hudson, Mizz Nina dan Wardina juga akan turun padang untuk berkongsi kisah mereka. Inilah peluang anda untuk mengenali mereka dengan ‘up close and personal’ serta mengambil iktibar daripada kisah mereka. Pastinya perkongsian yang bakal dilakukan oleh selebriti-selebriti ini akan mengusik jiwa raga mereka yang mendengarnya.
Dengan harga tiket bermula pada RM150, The Bidadari 2014 menjamin keselesaan para hadirin yang bakal hadir. Disediakan bilik khas untuk para ibu yang menyusu, aktiviti pembelajaran buat anak-anak yang berusia 4 tahun ke atas dan pelbagai bazar ekspo turut disediakan untuk memeriahkan lagi suasana. Yang pastinya, kehebatan program The Bidadari pada tahun lalu bakal dijadikan kayu ukur untuk memastikan The Bidadari 2014 lebih baik.
Kalau nak bawa suami pun ada disediakan program khusus untuk kaum adam iaitu School of Sahabah. Abang Nara yakin pengisian selama 2 hari ini akan menjadikan kita Muslim dan Muslimah yang lebih baik. Jom mendaftar beramai-ramai. Informasi lanjut boleh layari www.thebidadari.com.