Ummi Nazeera Makin ‘Rosak’, Suami Pula Hilang Dari Radar – “Dr Izzar Tolong Tidurkan Dia Kejap, Menjadi-Jadi Pula”

Hiburan

Ummi Nazeera Makin ‘Rosak’, Suami Pula Hilang Dari Radar – “Dr Izzar Tolong Tidurkan Dia Kejap, Menjadi-Jadi Pula”

Sejak kebelakangan ini, pelakon berbakat Ummi Nazeera dilihat sering menghabiskan masanya dengan media sosial kerana mempunyai banyak masa terluang.

Jika sebelum ini, suaminya iaitu Dr Izzar sering membuatkan netizen terhibur dengan kontennya tetapi nampaknya Ummi juga sudah terjebak dengan ‘perangai’ yang sama.

Advertisement

Menerusi TikTok, Ummi ada berkongsi video santai dan ‘random’ namun cukup untuk mencuri perhatian ramai netizen yang terhibur dengan gelagatnya.

Dalam video terbaru dikongsi Ummi, aktres tersebut membuatkan netizen tertanya adakah dia menunjukkan dirinya yang sebenar atau sudah ‘rosak’ dipengaruhi Dr Izzar.

Video santai itu memaparkan Ummi memegang alat mengesan suhu yang dijadikan mikrofon dan miming lagu berlatar belakangkan dua individu yang berjoget.

Ramai netizen tertanya siapakah gerangan dua individu yang ‘terpaksa’ membuat konten tersebut dengan Ummi dan tak kurang juga yang bertanya di mana Dr Izzar.

Kata netizen, semenjak Ummi kerap membuat konten sebegini suaminya pula dikatakan sudah ‘menghilang’ dari radar walhal sebelum ini Dr Izzar yang banyak berkongsi video sebegitu.

komen netizen  komen netizen

Ada juga netizen yang berseloroh mengatakan Dr Izzar tersalah beri ubat kepada Ummi dan ada yang meminta suaminya ‘tidurkan’ aktres tersebut seketika.

Kenapa dengan Ummi sekarang ni. Hahaha Dr Izzar tolong tidurkan dia kejap.

komen netizen

2024-10-18 14:44:10

“Ada Orang Panggil Saya Godzilla” - Ummi Nazeera Dedah Pernah Di ‘Body Shaming’ Waktu Kecil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...