Pernikahan Izara Aishah dan Adib Khalid boleh dikatakan seperti perkahwinan puteri dan putera raja. Namun, siapa sangka disebalik kisah percintaan mereka, rupa-rupanya pelakon Ummi Nazeera yang menjadi dalang mempertemukan Izara dan Adib. Ummi menerusi akaun Instagramnya berkongsi kisah penyatuan dua hati itu pada peringkat awal perkenalan mereka. Adib sebenarnya adalah rakan Ummi sejak kecil dan juga rakan sekelas beliau.
Kisah Adib dan Izara bermula apabila Adib meminta Ummi untuk hadir pada konsert Datuk Siti Nurhaliza kerana ingin sekali bertemu dan mengenali hati budi Izara, namun Adib masih lagi segan silu ketika itu. Ummi kemudiannya hadir ke konsert tersebut dan berbicara yang baik-baik sahaja tentang Adib kepada Izara.
Berikut perkongsian Ummi di akaun Instagramnya :-
Nampaknya memang menjadi segala usaha Ummi untuk menyatukan Adib dan Izara bukan? Alhamdullilah. Boleh la jadi “matchmaker” orang lain pula lepas ini. Hehe