Sah menjadi isteri kepada Dr. Mohd Izzar pada 23 Julai 2017, pelakon Ummi Nazeera dan suaminya berharap mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata segera.
Tidak pernah merancang soal zuriat, Ummi juga berjanji tidak akan merahsiakan berita gembira itu sekiranya beliau hamil satu hari nanti.
Anak insha-Allah tidak lama lagi. Jika dah ‘confirmed’ nanti saya akan bagitahu. Saya pasti akan umumkannya nanti. Lagipun kami tidak merancang, jadi semua kami berserah pada rezeki. Saya juga tidak kisah jika dikurniakan anak dalam masa terdekat.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya tidak sabar untuk mempunyai zuriat mereka sendiri. Kami mendoakan hasrat Ummi itu akan termakbul. InshaAllah.