July 11th, 2017

Bakal bernikah dengan Dr Izzar pada 3 Ogos depan, pelakon Ummi Nazeera memberitahu beliau menolak tajaan perkahwinan yang lain dan hanya menerima satu tajaan sahaja iaitu berinai. Ummi bukanlah ingin menolak rezeki yang diberikan sebaliknya tidak mahu menerima tajaan pada perkara yang dirasakan tidak perlu.

Bukan tak ada yang nak menaja sebaliknya ramai berminat untuk tujuan itu, namun saya hanya terima satu tajaan sahaja iaitu berinai. Bukan tolak rezeki tetapi saya rasa hanya berinai yang saya perlukan sementara untuk persiapan lain, saya dan keluarga boleh uruskan sendiri, InsyaAllah,

Saya berdebar bukan kerana memikirkan soal persiapan majlis sebaliknya berdebar kerana bakal bergelar seorang isteri. Tidak perlulah saya mengulas lanjut tentang perkara itu.

Dalam pada itu, Ummi dan Izzar merancang untuk berbulan madu di dua lokasi iaitu Sabah dan Switzerland selepas selesainya majlis resepsi ketiga perkahwinan mereka yang bakal berlangsung di Dewan Banquet FELDA pada 12 Ogos depan.

Untuk makluman anda, Ummi dan Izzar mengikat tali pertunangan pada 11 Disember 2016 di kediaman keluarga pihak perempuan selepas beberapa bulan berkenalan.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...