March 7th, 2017

Umum mengetahui gandingan kegemaran ramai, Ummi Nazeera dan Aeril Zafrel berkawan baik. Walaubagaimanapun, setiap hubungan persahabatan pasti akan diuji. Ummi mendedahkan beliau dan Aeril pernah bermasam muka gara-gara tercetusnya salah faham berhubung karakter mereka  ketika menjalani penggambaran drama Nahu Rindu.

Salah faham itu timbul berhubung watak kami apabila saya fikir lain dan dia pula sebaliknya sehingga kami bergaduh. Beberapa hari juga kami tak bertegur sapa sehingga ada kru bertanya kerana kebiasaannya kami memang sentiasa ceria memandangkan kami bersahabat baik.

Itu juga kali pertama saya bermasam muka dengan hero gandingan saya dan Aeril pula kawan baik saya.

Sementara itu, Aeril pula ketika dihubungi memberitahu perselisihan faham berlaku kerana masing-masing mempunyai hubungan rapat dan kadang-kala terlupa untuk menjaga batasan kata.

Ummi adalah rakan baik saya dan ini adalah kali ketiga kami digandingkan sebagai pasangan hero dan herion dalam drama. Hubungan akrab itu kadang-kadang buat kita terlupa untuk jaga kata-kata sehinggakan kita senang terusik dan lebih sensitif.

Tetapi hubungan kami masih kekal baik seperti dahulu dan sebagai pengajaran saya perlu lebih berhati-hati dalam kata-kata dan perbuatan walaupun mempunyai hubungan rapat dengan seseorang.

Biasalah tu, tentu semua orang ada pengalaman bergaduh kecil dengan rakan baik mereka. Iyalah, kadang-kadang,  ada perkara yang mungkin kita tidak bersependapat dengan kawan kita. Namun, janganlah bergaduh lama-lama.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...