Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ummi Nazeera Bakal Bernikah Selepas Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini

Sah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang bekerja sebagai seorang doktor  dan hanya dikenali sebagai Mr I pada 11 Disember 2016, pelakon Ummi Nazeera memberitahu beliau bakal mendirikan rumah tangga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri depan. Walaubagaimanapun, Ummi masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh pernikahannya yang sebenar.

Advertisement

Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan melangsungkan perkahwinan dengan Mr. I selepas Hari Raya nanti. Cuma tarikh sebenarnya biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu dan akan umumkan apabila tiba masa sesuai.

Kerjaya tunangnya sebagai seorang doktor perubatan di Sarawak membuatkan pasangan ini jarang berjumpa. Namun, jika ada kelapangan, Mr I akan ke Kuala Lumpur bertemu cinta hatinya, Ummi untuk melepaskan rindu selain berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka.

Walaupun jarang berjumpa tetapi kami selalu berhubung menerusi telefon dan saya tiada masalah dengan perkara itu. Ini kerana saya memahami tugasnya sebagai doktor yang sentiasa memerlukan dia berada di hospital.

Bagaimanapun dia selalu pulang ke KL untuk bertemu selain berbincang mengenai persiapan perkahwinan kami.

Kami mendoakan agar persiapan perkahwinan Ummi dan Mr I berjalan dengan lancar. Kalau sudah ada tarikh jangan lupa kongsikan ia kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan Ummi.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top