Gelagat suami isteri pempengaruh, Umisya Mazlan dan Aslam di TikTok sering mencuri perhatian kerana mereka sering menunjukkan sisi fun di platform tersebut.
Video dimuat naik oleh Umisya di TikTok semalam meraih perhatian selepas dia berkongsi tentang produk skincare yang digunakan setiap hari.
Bagaimanapun, video tersebut mempunyai unsur lucu gara-gara cara mereka di mana Umisya berada di depan dan bercakap manakala dua tangan yang bergerak itu merupakan milik Aslam.
Seperti biasa, video Umisya mendapat ratusan ribu tontonan di TikTok dan ramai yang terhibur dengan gelagat pasangan berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah tangan Aslam yang dipuji putih dan mulus, tidak seperti tangan lelaki.
Rata-ratanya membandingkan dengan tangan mereka sendiri dan ada yang akui mereka pada awalnya tidak perasan bahawa tangan itu milik Aslam.
Putih melepak wehh tangan si Aslam ni.
Dalam pada itu, beberapa individu turut menegur lengan Aslam yang disarungkan handsock dan menganggap ia bagi tujuan mengelak fitnah dan komen negatif orang lain.
Bagus dia pakai handsock elak fitnah. Kadang kadang manusia suka tengok sekerat pastu laju je nak kecam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.