Umum mengetahui pelakon terkenal Datin Umie Aida sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih belum dikurniakan rezeki untuk hamil. Iyalah, setiap wanita pasti mempunyai hasrat untuk bergelar ibu dan menikmati sendiri saat –saat indah ketika mengandung dan melahirkan zuriat sendiri.
Terbaru, Umie menerusi akaun Twitternya menyentuh hati netizen apabila berkongsi betapa beliau merasa syukur kerana dapat merasai nikmat mengandung walaupun hanya dalam mimpi.
Rata-rata netizen mendoakan agar satu hari nanti mimpi Umie itu akan menjadi kenyataan. Kata orang, perancangan Allah SWT itu tiada siapa yang tahu.
Untuk pengetahuan anda, Umie ada mengambil dua orang anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdauz dan Mohd Dzulhelmy sebelum beliau berkahwin dengan suaminya, Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Anonymous
February 15, 2018 at 6:57 pm
Mimpi mengandung is not a good sign. Pls be careful.
Anonymous
February 21, 2018 at 8:21 am
sy mimpi melihat 2 orang baby & baby dalam mimpi tu anak sy…tup tup sy pregnant…wpun sebenarnya sy belum bersedia & merancang untuk x mengandung lagi….tapi sy yakin perancangan Allahlah yg terbaik….cuma pregnant umur 33 tahun ni tak sekuat macam pregnant umur 20-an mcm dulu
Anonymous
February 15, 2018 at 6:10 pm
Aamiin insyallah menjd realiti…
Pendakwah Bebas
February 15, 2018 at 5:29 pm
boleh check jugak dosa pahala diri sendiri, mahupun suami. kadang allah bayar cash kat dunia
courts mammoth
February 15, 2018 at 3:52 pm
Saya pun mcm Ume la..cuma saya mimpi saya bersalin dan melihat wajah bayi saya.. Bila tersedar, laju air mata mengalir.. Dapat rasa pengalaman bersalin dalam mimpi pun dah rasa nikmat… :(
minah kepoh gojeng
February 15, 2018 at 3:23 pm
My mom said kalau mimpi tgh mengandung ni risau ada benda hantar dekat dia. Boleh scan dekat pusat rawatan islam, kalau takda apa alhamdulillah la.