Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Umie Aida Luah Rasa Sedih Filem Dukun Didakwa Boleh Pesongkan Akidah

Selepas hampir 12 tahun terperap, filem kontroversi yang dinantikan ramai iaitu Dukun akan menghantui penonton bermula hari ini, selepas mendapat kelulusan untuk ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia.

Advertisement

Ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton lakonan hebat Datin Paduka Umie Aida yang membawakan watak utama sebagai Diana ataupun Mona Fendy.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak mempertikaikan jalan cerita filem tersebut yang didakwa boleh memesongkan akidah seseorang dan memberikan impak negatif, kerana klasifikasi yang diberikan kepada Dukun dimana ia boleh ditonton oleh penonton di bawah 18 tahun.

Tentu sekali isu tersebut membuatkan Umie merasa sedih kerana ada pihak lebih gemar untuk menghukum sesebuah filem tanpa menontonnya terlebih dahulu.

Adakah filem ini menyuntik semangat atau melahirkan semangat anda untuk menjadi dukun? Jawapannya tidak. Bila orang menonton nanti mereka akan faham.

Advertisement

Tapi bila kata-kata keluar dari orang industri sendiri tentang filem ini mungkin larikan akidah, mungkin lahirkan lebih ramai lagi dukun, saya sangat sedih kerana mereka bercakap tanpa menonton filem ini. Saya lebih sedih kalau yang bercakap itu adalah kawan saya.

Menurut Umie, Dukun sebenarnya memaparkan kisah yang boleh dijadikan teladan dan memberikan kesedaran buat kita semua.

Filem ini ada pengajarannya. Ia memperlihatkan bagaimana bila seorang manusia inginkan sesuatu tetapi tidak meminta kepada ALLAH SWT. Sebaliknya dia minta sesuatu dari dukun dan bila minta pada tempat yang salah, itulah balasan yang diterima dan itulah jalan cerita filem ini.

Filem yang diarahkan oleh Dain Said ini turut dibintangi oleh beberapa pelakon berbakat besar seperti Faizal Hussein, Elyana Emrizal, Bront Palarae, Namron, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat dan Adlin Aman Ramlie.

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

55 Comments

  1. Che ta kodiang

    April 5, 2018 at 3:46 pm

    sapa pegang watak laki mona..dan juraimi?

  2. Anonymous

    April 5, 2018 at 3:24 pm

    cuba ambil dari sudut lain.. mesej yg nak disampaikan jgn smpai kita jd syirik.. byk lg citer2 luar yg lg terpesong akidah.. sekadar tonton je jgn smpai taksub sgt nk ikut..

  3. BENCI KHURAFAT

    April 5, 2018 at 3:08 pm

    AKU SUKA JE CITE SERAM CMNI… BULEH KATA SUMA ADIK BERADIK MINAT CITER THRILL. UP TO US LA.. LIHAT DARI SUDUT POSITIF. MAKE SURE KO JGN LAYAN PERASAAN SGT.. BUAT2 BERANI N ADA PENDIRIAN IMAN YG JATI.. INSHAA ALLAH, NOTHING’S HAPPEN.

  4. cikkiah

    April 5, 2018 at 1:22 pm

    cerita omputih kalut ja ampa p tgok wayang..cerita melayu xp tgok lagi dah komen itu ini.perosak filem malaysia!

  5. bawang king

    April 5, 2018 at 12:03 pm

    aaahhhhhh…ni semua strategy meraih simpati je ni..
    bila yg hati senipis kulit bawang baca mesti diorg g tgk kan..
    kat celah mana yg pesongkan akidah tu..
    semua ni da dlm otak bawang ku ini hahahahaaa

    • MSJ

      April 5, 2018 at 12:18 pm

      PPIM nak tolong promote cerita ni sebab nak tebus kesilapan bela doktor gigi palsu?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top