Written by Bella | April 5th, 2018

Selepas hampir 12 tahun terperap, filem kontroversi yang dinantikan ramai iaitu Dukun akan menghantui penonton bermula hari ini, selepas mendapat kelulusan untuk ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia.

Ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton lakonan hebat Datin Paduka Umie Aida yang membawakan watak utama sebagai Diana ataupun Mona Fendy.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak mempertikaikan jalan cerita filem tersebut yang didakwa boleh memesongkan akidah seseorang dan memberikan impak negatif, kerana klasifikasi yang diberikan kepada Dukun dimana ia boleh ditonton oleh penonton di bawah 18 tahun.

Tentu sekali isu tersebut membuatkan Umie merasa sedih kerana ada pihak lebih gemar untuk menghukum sesebuah filem tanpa menontonnya terlebih dahulu.

Adakah filem ini menyuntik semangat atau melahirkan semangat anda untuk menjadi dukun? Jawapannya tidak. Bila orang menonton nanti mereka akan faham.

Tapi bila kata-kata keluar dari orang industri sendiri tentang filem ini mungkin larikan akidah, mungkin lahirkan lebih ramai lagi dukun, saya sangat sedih kerana mereka bercakap tanpa menonton filem ini. Saya lebih sedih kalau yang bercakap itu adalah kawan saya.

Menurut Umie, Dukun sebenarnya memaparkan kisah yang boleh dijadikan teladan dan memberikan kesedaran buat kita semua.

Filem ini ada pengajarannya. Ia memperlihatkan bagaimana bila seorang manusia inginkan sesuatu tetapi tidak meminta kepada ALLAH SWT. Sebaliknya dia minta sesuatu dari dukun dan bila minta pada tempat yang salah, itulah balasan yang diterima dan itulah jalan cerita filem ini.

Filem yang diarahkan oleh Dain Said ini turut dibintangi oleh beberapa pelakon berbakat besar seperti Faizal Hussein, Elyana Emrizal, Bront Palarae, Namron, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat dan Adlin Aman Ramlie.

Sumber Berita : Astro Awani

55 responses to Umie Aida Luah Rasa Sedih Filem Dukun Didakwa Boleh Pesongkan Akidah

  1. akhirnya terjawab teka teki siapa gadis berkebaya merah di tepi jalan haha

    13

    0
  2. hamba allah says:

    Bukan setakat aqidah terpesong…da masuk category syirik akhbar…Hidayah milik Allah But still it our responsibility too look for it.

    0

    30
    • dah keneps says:

      berlambak citer kat tv tu lagi memesong terpesong rosak akhlak…even drama pn bersepah dengan adegan seumpanya di jamukan…lepas pulak yerr……dan tk mustahil yang dok pandai komen pun tgk…sbb kalo tak tgk mcmana bole tahu.. relax la kak…cepat menor nak melompat org malaysia ni..goyah menor imannya pn..pucuk pangkal penerimaan hati tu..tanggungjawap dlm diri…baru tanggungjawap kepada masyarakat , bangsa dan negara…haa gitchew mcm nak pilihanraya! hahahah

      43

      0
      • Anonymous says:

        Betul tu, tp bg saya adakah cerita seperti ini dpt memberi manfaat kepada masyarakat?

        1

        3
        • SuperFox says:

          Pengajaran dr kisah benar di sebalik filem ini: 1) Jangan amalkan ilmu hitam 2) Jangan jadi kanibal 3) Dato ke Datin ke xyah gi jumpa bomoh sbb nanti kene makan huahahaha.
          Tp nak tergelak satu jer, lemah sgt ke iman org2 Malaysia ni sampai tgk satu movie pun dah boleh terpesong??? So weak one…

          40

          0
        • bawang goreng says:

          memang lemah pon….. huruf ……t…… pon boleh jadi isu besar

          5

          0
      • Melor says:

        memang senang klu berckp.. tapi kalau betul org2 Malaysia ni mmg kuat2 imannya, nape masih ada lagi yang menggunakan santau menyantau.. gunakan bomoh sebab iri hati.. cemburu.. sihir menyihir.. sbb tu bila ditygkan cerita mcm ni takut lg ramai yg terikut2..

        5

        1
        • mak c kina says:

          sbb nk bgtau apa jd kt org tu kalau main dukun..jadi dukun…Menduakan Allah,mesti dpt balasan yg setimpal…bkn srh jd dukun…

          7

          0
        • greenfingers says:

          Sblm zaman teknologi lg, dh ramai main sihir, santau, saka apa semua ni. Klu hati tu bersih, setakat cite mcm ni no hal la, xbg kesan pon. Klu hati hitam, xyah diajar, dia akan cari sendiri.

          5

          0
    • melati says:

      Biasa lah Umi , melayu2 kimak memang dengki….!! camner Filem Melayu nk Maju, Syirik lah, Sexy lah.. tgk Filem Tamil , kdg2 tk lojik tapi jln cerita semua yg btol2 terjadi..pastu ader plak Ustaz2 yg dr mana taraf dia nk Terkenal , mula lah tegor ni tk boleh , tu tk boleh..hmmm

      4

      1
      • wekkkkkkk says:

        citer tamil terutama dri negara indiakn..mmg funny dn jln citer mcm kisah kehidupan real..walaupun pelakonnyer byk dri tamil nadu..chennai..hitam2, tapi citer lawak..
        hahahahaa..aku suka..mcm nk melanggan 241 je ni kt astro

        2

        0
      • SuperFox says:

        Ntahnyer… ustaz2 kat tv tu yg patut kene tegur. Sibuk nak menyanyi2 apahal. Agama dan ilmu bukan mainan atau bahan jenaka. Benda yg patut serious x buat dgn serious tapi benda2 mcm filem ni yg derang take too seriously. Apadaaa…

        0

        2
    • greenfingers says:

      Dh klu iman senipis kulit bawang, mudahla terpesong. Klu iman dh kukuh, asas dlm tu dh kukuh, ko kena campak pergi negara yg 5% islam pon no hal. Aku pelik gak ngan sesetengah org ni, nmpk gereja dpn mata kemain takut, anjing babi takut sungguh terpegang, taboo sgt bg diorg.. Tp yg dia mkn rasuah, bg anak bini mkn duit haram, menipu gaji utk dpt brim, bantuan kerajaan la. Mengular kat opis g shopping tudung.. haa.. tang tu biasa2 je.

      2

      0
  3. wekkkkkkk says:

    ala…dia terkilan sbb..hanya umur 13 tahun keats je boleh masuk panggung..itupun mesti ditemani ibubapa..dh tentu kutipan sikit kan.

    0

    3
  4. wekkkkkkk says:

    bomoh ni semua negara percaya..kafir pun percaya, apatah lagi org2 timur. Cuba tgok citer “supernatural”..lebih kurang samalh dgn dukun..bezanyer..sinopsis je.
    Dukun ini difilemkan dri kisah benar si dukun pembunuh tu.
    Kalau negara lain entahlah sama ada hanya rekaan atau based from the true story.

    Rupanya ada filem yg di pending kn ye..skrg dh 12 tahun bru nk keluar. Masa tu pelakon muda sikit, skrg taon 2018 semua dh kerepot.
    Tipah tertipu semua ooi…

    1

    2
  5. Anonymous says:

    ada siapa2 boleh jawabkan x,kenapa sekarang baru keluarkan filem ni lepas bersepah crita ni kt internet…dulu pun dh siap kluar gazet tup2 trus x jadi tayang…hmm..tanyeje

    0

    0
    • Bob Barli says:

      Aku tgk h-live, pelakon dia cakap yg kt internet tu part of scene je. Filem tu FINAS tak approve sbb controversial n maybe leh lukakan hati waris family Mona Fandey.

      0

      0
    • mahat says:

      waris mona fendy file court injunction tak kasi tayang beberapa scene film ni .. sebab tu tak dapat kelulusan FINAS so options diorang ada adalah untuk potong scene yang tak boleh tayang tu

      0

      0
  6. wekkkkkkk says:

    taon 2001 diana di hukum gantung..skrg dh 17 taon..maka kata org..lepas umur 17 taon..umur 18 kn..maka free dh x sekolah pakai uniform lagi..maka roh pun free di panggung.

    jaga-jaga
    #skadarjenakaxjenaka

    1

    1
  7. Anonymous says:

    wow. umie aida, bront palarae n namron all in one movie! kena tengok ni

    7

    0
  8. Nanay says:

    Nak sangat tengok cerita ni. Tapi xleh sbb preganant. :(

    0

    1
    • Anonymous says:

      Jap..ini nak bagtau awak pregnant ke? tahniah la…
      tapi tak payah poyo sangat.. lepas beranak pun boleh tgk. Baik la berzikir, mengaji AlQuran, ingat Allah. Sibuk nak tgk wayang kenapa? Tak kisah la citer apa kat movie.

      0

      12
      • Anonymous says:

        kalau hamil dh melepasi fasa pertama ok je, pegilh nengok, ..fasa pertama ko tgok..nnti sshkn cleaner lap dn cuci panggung, sbb ko muntah2 dn susahkn org ramai
        sbb ko wekkk..

        0

        0
        • Anonymous says:

          peknen xbley tgk wayang ke?pegi je lah..gedik nk mampos lah ko

          0

          4
        • MSJ says:

          Memang banyak cerita seram tak bagi perempuan mengandung masuk. Takut kejutan atau stres tu mengganggu kandungan.

          2

          0
      • Nanay says:

        Anon April 5, 2018 at 11:23 am :
        Kampungnye fikir. Awak tu baik selalu sgt ke beribadat. Menyempat masuk BN bash org.

        Anon lain yang mengata gedik/mengata tu, kesian ye tak pernah mengandung? Kalau awak lelaki, kesian kt bakal wife awak.

        1

        2
        • Anonymous says:

          Ado kenapa kau emo? Orang lain pun preggy tapi tak gedik nak bg public statement preggy tak boleh tengok movie. Memang mengundang kemarahan dan kecaman sebab statement gedik bukan sebab preggy. Faham ke tidak? Lembapnya.

          1

          0
    • Springle says:

      Jgn tgklh nanay nnti takut sawan bdk dlm perut…kau takut hantu

      1

      0
    • nunu says:

      samala :'( husband x bg

      0

      1
  9. anonymous says:

    jalan cerita memang bagus tapi produksi sangat lemah mutu filem malaysia jauh tertinggal kebelakang dari thai,indon

    1

    0
    • SuperFox says:

      Ekceli kalau nak btul2 gempak suruh James Wan yg direct. Mamat tu Sarawakian, citer Conjuring la Insidious la tu semua hasil tangan dia. Malaysian don’t take art seriously, buat movie pun (especially cerita cintan-cintun) sekadar melepaskan batuk di tangga. However, ada jugak beberapa movie yg serious gempak e.g Sepi, filem2 Yasmin Ahmad, Pontianak Harum etc yg btul2 membanggakan. Hopefully Dukun ni pun sama taraf la dgn2 filem best kat Malaysia ni sbb ramai jer antara kita yg sokong industri filem tempatan.

      4

      0
    • Anonymous says:

      haruslah ni citer 12thn lps bkn zaman skg ni..haruslah mundur. indon or thai pun quality sama je..tp mmg sifat org kita agungkan filem luar

      2

      0
      • Anonymous says:

        Apa hal Nang Nak pun citer dah lama lebih 10 tahun. Tapi kualiti bagus.

        Yang sebenaenya kualiti filem bergantung kepada berapa banyak fund producer ada dan kesungguhan director hasilkan.

        Kalau kualiti bagus tetaplah bagus. Kalau kualiti tak bagus atau pelakon lemah tetap tak bagus.

        Sometimes org industri filem dan seni amnya jangan malu terima hakikat bahawa fund tak cukup dan kliem yg demand genre tertentu. So kami ikut.

        Duhhh.

        2

        0
  10. ABC says:

    Saya dah tonton movie ni dah, and i dont think it will sway akidah, melainkan memang jiwa org tu kosong habis lah sampai semudah begitu boleh dipesongkan. The story ENDS badly (ie dgn kerugian) on the parts of those who practised or believed in black magic- Faizal Husin, the Dukun, Faizal Husin’s wife, the rich politician… Kesimpulannya is, kalau you pilih black magic sbg penyelesai masalah you, maka you life will end with destruction. So there’s life lessons there. Great storytelling and it really opens your eyes to the truth about such practices.

    The only thing I wasn’t comfortable with was some sensual matters which allude to sex, and I had a hard time explaining the scene to my 9 year-old. Not sure kalau scene2 tersebut ditapis oleh the authorities.

    But for adults yg nak tau tentang kehidupan mereka yg mengamalkan ilmu sihir, i say GO FOR IT. Filem yg sangat berani… Just don’t bring your small kids.

    11

    0
    • Anonymous says:

      aik..!!!!, baru hari ini di pawagam..kaki wayang ko ni…x kerja lagi ke..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Mlm td lg dah kuar la. Aku pun dah tengok. Mg betul apa dia cakap tu. Nak sway akidah apa bendanya.

        Cerita ni sgt besar pengajarannya

        0

        0
        • Wekkkkkkk says:

          Citer start 12.00am ye..itu dh masuk 5hb april…huh..tgh mlm yg dingin..tapi klau kt bdr ni tgh mlm mcm ni..x ada apelh..benderang je lmpu tiang tu.

          0

          1
    • Anon says:

      Wei, filem ni pg13, mana boleh bawak budak 9thn. Ko yg salah

      2

      3
      • Anon says:

        Pg13 means parental guidance for children under 13 n below. Basically semua org boleh tgk tp bdk2 kne tgk ngn mak bpk

        4

        0
  11. bawang king says:

    aaahhhhhh…ni semua strategy meraih simpati je ni..
    bila yg hati senipis kulit bawang baca mesti diorg g tgk kan..
    kat celah mana yg pesongkan akidah tu..
    semua ni da dlm otak bawang ku ini hahahahaaa

    0

    0
  12. cikkiah says:

    cerita omputih kalut ja ampa p tgok wayang..cerita melayu xp tgok lagi dah komen itu ini.perosak filem malaysia!

    3

    0
  13. BENCI KHURAFAT says:

    AKU SUKA JE CITE SERAM CMNI… BULEH KATA SUMA ADIK BERADIK MINAT CITER THRILL. UP TO US LA.. LIHAT DARI SUDUT POSITIF. MAKE SURE KO JGN LAYAN PERASAAN SGT.. BUAT2 BERANI N ADA PENDIRIAN IMAN YG JATI.. INSHAA ALLAH, NOTHING’S HAPPEN.

    1

    0
  14. Anonymous says:

    cuba ambil dari sudut lain.. mesej yg nak disampaikan jgn smpai kita jd syirik.. byk lg citer2 luar yg lg terpesong akidah.. sekadar tonton je jgn smpai taksub sgt nk ikut..

    0

    0
  15. Che ta kodiang says:

    sapa pegang watak laki mona..dan juraimi?

    0

    0
  16. Che ta kodiang says:

    ini kesah benar yg sgt gempaq 1 Malaysia..kena tgk movie ni..

    0

    0
  17. why?? says:

    jgn la jd mcm thailand naikkan movie genre mcm ni. our industry need sth motivating.
    ola bola, the journey, the red kebaya… come on malaysia!

    0

    0
  18. akak suri says:

    Suka jgk citer cam ni..leh ilangkn stess..

    1

    0
  19. Yekeni says:

    Anything and everything, kalau u nak jadikan pengajaran, maka pengajaranlah ia. Dan kalau u nak jadikan ikutan, ikutanlah ia. Tepok dada tanya selera.

    Tapi dari cerita2 beginilah, yg i dapat meluaskan pengetahuan i yg sempit mengenai isu2 dukun, santau dan sebagainya. I never knew the happenings di sebalik tirai. Ini memberi pengajaran agar i lebih berhati2 bergaul dan try to avoid conflicts coz u nvr know who u r dealing with.

    3

    0

Leave a Comment

Optional