October 1st, 2019

Mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Aisyah Humaira pada Julai lalu, kehidupan pelakon terkenal Datin Seri Umie Aida semakin bermakna dan bertambah bahagia.

umie aida didik anak al-quran

Sebagai seorang ibu, Umie mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anaknya itu dengan memperdengarkan alunan ayat-ayat suci Al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk. Menurut Umie, ia adalah pendekatan yang sama digunakan oleh Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak.

Alhamdulillah, sekarang Aisyah sudah berusia lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua. Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak. Caranya, perdengarkan ayat al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk. Begitulah seterusnya.

anak angkat perempuan umie aida

Macam untuk diri sendiri, saya buat dengan surah Yassin. Bangun pagi buka dan sebelum tidur pun sama. Alhamdulillah, lama-lama kelamaan apabila sudah boleh hafal.

Jadi, method sama saya buat kepada Aisyah yang otaknya masih segar. Dia serap apa dia dengar. Tinggal nanti, apabila dia boleh baca dan akan terus ingat. Insya-Allah, itu yang saya buat sekarang

umie aida didik anak dengar al-quranDalam pada itu, Umie berkata pendekatan itu secara tidak langsung mendidiknya menjadi seorang insan yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apa yang dilakukan terbaik buat anaknya, pada masa yang sama ianya untuk diri sendiri juga.

Umie mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Mac 2010 namun tidak dikurniakan cahaya mata. Pelakon itu memiliki dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy.

Sumber Berita : Harian Metro

7 responses to “Umie Aida Didik Anak Dengar Alunan Al-Quran, Sebulan Satu Juzuk”

  1. anonymous says:

    laki bini cucuk muka eewww muka laki dah macam pondan siam

  2. Anonymous says:

    umie try rawatan 2 3x xberjaya… dh xmo teruskan.. kakmah bongokkkkk nih tu laa duk bwh tempurung xmuat g pulak tinggal bwh jambatan lama sgt… phuiiii