June 15th, 2019

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai perbalahan antara pelakon Datin Seri Umie Aida dan primadona Erra Fazira.

Terbaru, persengketaan kedua-dua selebriti ini akhirnya terlerai apabila mereka bertemu empat mata pada tengah hari tadi.

Advertisement

Umie menerusi Insta Story memuat naik video ketika pertemuan mereka dan dilihat berpelukan dengan Erra. Pada masa yang sama, beliau menyertakan kapsyen “Semua salahkan aku kerana tak maafkan dia… Ya Allah.”

Menerusi video itu juga, Umie berharap netizen berhenti berbicara mengenai isu pergaduhannya dengan Erra.

Terdahulu, perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuat naik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka.Erra mengakui beliau telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu dan tampil memohon maaf atas apa yang berlaku.

Advertisement

45 responses to “Umie Aida Dan Erra Fazira Akhirnya Berdamai”

  1. bong cit says:

    pung pang pung pang…yg dpt dosa netizen berbalah maki hamun sana cni…cerdik korg yg…dah berbaik ni beringat la memasing…xyah la nak berBFF sgt la..xda kwn x mati..dlm kubur pun sorg2

  2. Anonymous says:

    bagi aku mungkin makcun ada btulnya kot…mungkin ketahap geram,kan adek dia,klu tak napa smpi 3x dan umie ada juga mbuat stment ,luahan kecewa melukai hatinya apabila sesorg itu memilih kemewahan bebanding persahabatan antara mereka.

    • Anonymous says:

      kene respek PR erra… tgk laa artis lain buat hal smpi kene banned terus….
      tp sbb erra ni PR bagus tu yg jadi terbalik… netizen ramai2 salahkan pihak ummi… netizen yg duk serang ummi ni tak kene batang hidung sendiri… kot2 baru kene 1x dah meroyan… bagus lagi ummi kantoi ke3 baru dia go public…

  3. Ros says:

    Drama melayu bodoh seperti biasa.

  4. unknown says:

    Drama sangat.. c batu api 2 org tu xnak minta maap gak ke.. siap cakap makan hasil duit haram bagai.. yakin ke hasil drama yg ko buat tu halal

  5. diva says:

    marketing je nih smua!!!!

Loading...