Written by Bella | June 15th, 2019

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai perbalahan antara pelakon Datin Seri Umie Aida dan primadona Erra Fazira.

Terbaru, persengketaan kedua-dua selebriti ini akhirnya terlerai apabila mereka bertemu empat mata pada tengah hari tadi.

Umie menerusi Insta Story memuat naik video ketika pertemuan mereka dan dilihat berpelukan dengan Erra. Pada masa yang sama, beliau menyertakan kapsyen “Semua salahkan aku kerana tak maafkan dia… Ya Allah.”

Menerusi video itu juga, Umie berharap netizen berhenti berbicara mengenai isu pergaduhannya dengan Erra.

Terdahulu, perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuat naik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka.Erra mengakui beliau telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu dan tampil memohon maaf atas apa yang berlaku.

45 responses to Umie Aida Dan Erra Fazira Akhirnya Berdamai

  1. Anonymous says:

    Benda boleh settel dengan cara baik kot … tak perlulah sampai nak up dlm media sosial ….sudahnya berbaik juga kan?????

  2. Anonymous says:

    Who cares.

  3. Anonymous says:

    Dlm hal ni aku tak salahkan umie, tak salahkan erma, tak salahkan zahida.. tapi aku respect kt erra sbb dia tenang dalam segala hal.. erra khianat umie, umie bukak aib erra tp erra tak melatah malah terus mintak maaf.. takde nk simbah api.. tak mcm artis artis lain duk serang sesama sendiri (mcm kaka dan juliana) tp klu betul la salah erra, harap erra tak buat hal lagi.. sayang persahabatan yg lama bina.. dan aku harap ni semua hanya gimik la.. kot la nk rating cite drama akan datang..

  4. Anonymous says:

    Dah tua tapi up2 status mcm bbnu.

Leave a Reply to faraj Cancel reply