Pelakon, Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa syukur apabila dia mengetahui Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq telah dibebaskan dan dilepaskan daripada empat pertuduhan.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Umie dilihat sedang membuat panggilan video bersama pelakon, Bella Astillah dan Syed Saddiq.
Umie mengucapkan tahniah buat Syed Saddiq atas kemenangannya di mahkamah kerana dia berpendapat keberanaran akhirnya berpihak pada yang benar.
Doa seorang ibu tanpa hijab. Alhamdulillah, kebenaran berpihak pada yang benar. Tahniah YB Syed Saddiq.
Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila pelakon itu tanpa berlapik terus bertaya kepada Bella dan Saddiq mengenai tarikh untuk mereka melangsungkan perkahwinan.
Ops kita tanya direct sangat bab tutt. Korang setuju tak? Kalau setuju doa yang baik-baik untuk mereka.
Bella dan Saddiq dilihat hanya mampu terdiam serta tersenyum tanpa memberi sebarang jawapan terhadap soalan yang diajukan kepada mereka.
@umieaida_9 Doa seorang ibu tanpa hijab. Alhamdulilah… kebenaran berpihak pada yang benar. tahniah YB @Syed Saddiq . Opsss kita tanya direct sgt bab tutttt.. 😂 korang setuju tak ? Kalau setuju doa yg baik2 utk mereka. ❤️ #biarlahrahsia ♬ original sound – Umieaidaofficial
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat reaksi Bella dan Saddiq. Malah, ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Umie kerana mengajukan soalan itu seolah-olah mewakili para netizen.
Semalam, Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi.