August 26th, 2020

Mengakui telah mengajar setiap anak angkatnya supaya tidak menyentuh barang atau perhiasan kaca dan menconteng dinding seawal usia setahun, pelakon senior datin Seri Umie Aida berkongsi kisah peribadi itu kepada umum menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

Umie Aida Ajar Anak Umur 1 Tahun Tak Sentuh Perhiasan Kaca Dan Conteng Dinding

Kata Umie, anaknya, Nur Aisya Humaira yang kini berusia 1 tahun sudah mula memahami dan tidak akan menyentuh perhiasan kaca yang berada di depan matanya.

Menerusi entri tersebut, Umie memuat naik sepotong video yang mempamerkan gelagat Aisya yang diuji untuk tidak menyentuh perhiasan kaca dan kristal miliknya.

View this post on Instagram

Dulu me ajar anak me danial & dzul begini la.. brg2 rumah jgn sentuh atau kacau.. sebab me memang suka hiasan kaca .. jadi bahaya..kalau anak2 main pecah kena tangan diorg kan. Skg turn aisya humaira lak.. Alhamdulilah.. dia sudah faham sikit.. ☺️. Next step me akan bagi pensel dan buku utk dia conteng.. supaya dia tahu conteng dibuku .. bukan dinding rumah. Dan kita ajar umur begini cara menjaga kebersihan . #aisyahumaira #1tahun2bulan

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

“Dulu Me (Umie) ajar anak Me Danial dan Dzul begini la. Barang-barang rumah jangan sentuh atau kacau sebab Me memang suka hiasan kaca. Jadi bahaya kalau anak-anak main pecah kena tangan mereka kan.”

Tambah Umie lagi, beliau akan mengajar Aisya bagaimana untuk menggunakan pensel dan hanya digunakan untuk menulis di buku atau kertas sahaja dan bukan diconteng ke dinding.

Umie Aida Ajar Anak Umur 1 Tahun Tak Sentuh Perhiasan Kaca Dan Conteng Dinding

“Next step Me akan bagi pensil dan buku untuk dia conteng. Supaya dia tahu conteng dibuku, bukan di dinding rumah. Dan kita ajar umur begini cara menjaga kebersihan.”

Menjengah ke ruangan komen entri tersebut, Umie menerima kata-kata pujian daripada pengikutnya di platform tersebut. Malah, ramai yang cukup kagum dengan cara Umie mendidik kesemua anak angkatnya.

Tidak ketinggalan, wujud juga segelintir pengikutnya yang turut berkongsi pengalaman mereka melentur serta mengajar anak masing-masing supaya sentiasa berdisiplin.

Umie Aida Ajar Anak Umur 1 Tahun Tak Sentuh Perhiasan Kaca Dan Conteng Dinding

Sekadar informasi, Umie telah sah menjadi isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.

Selain Aisya, Umie juga telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhilmi.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...