“Umi Doakan Mad Nah..”- Terbaca Tanda-Tanda Seorang Anak Derhaka, MK K-Clique Terus Hubungi Ibu

Hiburan

“Umi Doakan Mad Nah..”- Terbaca Tanda-Tanda Seorang Anak Derhaka, MK K-Clique Terus Hubungi Ibu

Penyanyi kumpulan rap K-Clique, MK khabarnya telah menghubungi ibunya di kampung selepas membaca sebuah pesanan mengenai tanda-tanda seorang anak yang derhaka kepada orang tuanya.

MK K-CliqueSumber : Instagram MK  

Potongan ayat itu difahamkan telah menerangkan mengenai ibu bapa yang sudah mula risau dan takut untuk bercakap dengan anak mereka kerana beranggapan hanyalah menganggu dan boleh membuatkan anak marah, maka seorang itu telah jatuh derhaka.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin,25, terus menghantar pesanan ringkas buat ibu kesayangannya itu.

Instagram MKSumber : Instagram MK  

“Lepas ni kalau mama telefon, telefon terus. Jangan fikir aku kerja ka sibuk ka. Minta maaf ma, mama bapa lagi penting sebenarnya dan aku boleh ja luang lima minit untuk bercakap sama mama walaupun tengah kerja. Mohd tak mahu jadi anak derhaka. Mohd tak mau umi fikir Mohd busy ka. Umi doakan mad nah.”

Yang lebih manis, MK dilihat telah meletakkan nama ibunya Kamariah sebagai ‘syurga’ di telefon bimbitnya.

View this post on Instagram

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Menurut MK, dia tidak mahu menjadi anak derhaka dan membiarkan ibu bapanya di rumah tidak menghubunginya kerana menganggap dia sibuk dengan kerjaya seninya kini.

Penyanyi lagu duet Peluang Kedua bersama Nabila Razali itu telah berkongsikan perkara tersebut di ruangan Insta Storynya untuk tatapan peminat. Sweet sangat!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram MK K-Clique

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...