Umat Islam Dibenarkan Mengerjakan Umrah Mulai 8 Februari

Berita

Umat Islam Dibenarkan Mengerjakan Umrah Mulai 8 Februari

Kabinet hari ini membuat keputusan umat Islam di Malaysia akan dibenarkan semula untuk mengerjakan umrah bermula 8 Februari nanti.

Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) baru bagi semua jemaah masih belum diputuskan dan akan ditetapkan bersama agensi pengurusan umrah selepas ini.

Advertisement

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya  Datuk Seri Nancy Shukri, pada masa yang sama lerajaan tidak berhasrat untuk menangguhkan ibadah tersebut disebalik penularan virus Omicron.

SOP baru akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik (dari Tanah Suci) nanti mereka dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan.”

Kata beliau lagi, penerbangan pertama bagi jemaah umrah bermula 8 Februari ini belum diputuskan lagi. Namun, beliau yakin pihak agensi pelancongan umrah sudah membuat persediaan untuk aktiviti atau promosi selanjutnya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa kerajaan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari lepas.

tanggung umrah untuk nyawa rakyat - PM
3 years ago

"Keputusan Tangguh Perjalanan Jemaah Umrah Demi Jaga Nyawa Rakyat" - PM Ismail Sabri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...