Ulasan Berat Sebelah Final Piala Malaysia Kedah Vs Selangor: Tabah Sazwan Dikecam Netizen

Trending

Ulasan Berat Sebelah Final Piala Malaysia Kedah Vs Selangor: Tabah Sazwan Dikecam Netizen

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 telah pun berlangsung malam tadi dan pemenangnya juga sudah diketahui. ‘Sang helang’ iaitu negeri Kedah telah berjaya menyambar Piala Malaysia tahun ini. Namun begitu, hingga saat ini masih ramai memperkatakan mengenai mutu ulasan pengulas sukan TV3, Tabah Sazwan Othman sepanjang perlawanan yang disiarkan secara langsung malam tadi.


 photo tabahsazwanAN.jpg

Kebanyakan penonton mendakwa ulasan Tabah Sazwan cenderung menyebelahi Selangor yang telah kalah dalam perlawanan itu dan paling menjengkelkan mereka, Tabah Sazwan mengulas bahawa gol yang dijaringkan Kedah ialah kerana nasib.

Advertisement

Kebanyakan penonton menyuarakan bahawa tidak mengapa jika pengulas itu ingin menyokong pasukan yang digemari tetapi janganlah sampai merendahkan kemampuan pasukan yang tidak disebelahi.

 



Mungkin pengulas sukan yang baik sepatutnya menghadiri kursus tertentu ataupun mempunyai latar belakang permainan bola sepak profesional supaya ulasan permainan itu berisi dan tidak berat sebelah? Apa pendapat anda?-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.