Pelakon Sharnaaz Ahmad menjawab pertanyaan netizen ketika siaran langsung baru-baru ini apabila ditanya tentang isu yang sedang hangat membabitkan penyanyi, Naim Daniel.
Aktor berbadan sasa itu bagaimanapun dari awal berkata dia bukan mahu membahas apa-apa berkaitan Naim namun hanya mahu mengulas tentang isu semasa.
Budak perempuan zaman sekarang ini, 17 macam 70 tahun muka. Boleh tak jadi kanak-kanak yang ‘happy’, pakai yang normal sikit.
Tambah Sharnaaz, ramai perempuan yang masih di bawah umur pada zaman kini sudah pandai bergaya dan ekspresi dengan fesyen sehingga menampakkan mereka lebih matang dari usia.
Aku bukan nak cakap apa tau, kadang-kadang budak perempuan zaman sekarang ini, umur 17, 16, dia punya cara pakaian kalah umur 30 lebih. Kita pun jadi confuse.
Dalam pada itu, pelakon filem Blood Brothers itu turut berseloroh dan berkata mana-mana perempuan yang mahu berkenalan dengannya perlu membuktikan mereka sudah mencapai usia matang.
Lain kali kalau nak bercinta dengan aku tunjuk IC dulu. Budak perempuan zaman sekarang ini tidak boleh dipercayai mengenai umur.
Sementara itu, Sharnaaz menyatakan dia tidak mahu sesuka hati memberikan komen tentang perkara yang melibatkan Naim namun aktor tersebut mendoakan mangsa dan penyanyi itu dalam keadaan baik serta tunggu keputusan daripada mahkamah.