Ulas Isu ‘Anxiety’, Syazwan Zulkifly Anggap Generasi Muda Kini Lebih ‘Manja’ – “Saya Percaya Budak Zaman Sekarang Lebih Lembik..”

Hiburan

Ulas Isu ‘Anxiety’, Syazwan Zulkifly Anggap Generasi Muda Kini Lebih ‘Manja’ – “Saya Percaya Budak Zaman Sekarang Lebih Lembik..”

Pelakon, Syazwan Zulkifly telah mendapat perhatian netizen selepas menyuarakan pendapatnya mengenai generasi muda zaman kini yang menurutnya lebih manja dan lemah sehingga cenderung untuk mendiagnosis sendiri diri mereka dengan masalah anxiety.

Menerusi sebuah podcast iaitu Cerita Malam Jumaat yang tular di aplikasi TikTok, Syazwan membandingkan remaja zaman kini dengan generasinya dahulu.

Advertisement

shazwan zulkifly

Mungkin mereka yang ada anxiety akan marah, tapi zaman dulu, generasi kita sebelum ni yang kalau balik sekolah lambat kena ikat dekat pokok, ada kerengga, ada ke mereka kena bipolar atau anxiety?

 

Saya rasa pengalaman macam tu yang buat mereka jadi kuat sampai sekarang.

@ceritamalamjumaat Budak Zaman Sekarang Lebih Lembik Dari Budak Zaman Dulu @Syazwanzulkifly Saksikan podcast penuh di Youtube Channel Cerita Malam Jumaat Episod 24 Episod 3 #ceritamalamjumaat #bukanceritabiasa #setiaporangadakisahnya #xoxo #podcast #malamjumaat #apacerita #ceritaapa #rajalawak #maharajalawakmega #bloodbrothers #jaki #zaki #kepeng #syazwanzulkifly ♬ original sound – Cerita Malam Jumaat

Menurutnya, sikap sesetengah pihak yang mengambil ringan isu kesihatan mental ini boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap mereka yang benar-benar mengalami masalah ‘anxiety’.

Sejujurnya, saya percaya budak-budak zaman sekarang memang lebih lembik berbanding zaman kita. Manja. Sikit-sikit cakap ada anxiety.

 

Anxiety ni bukan satu, ada banyak jenis. Kadang-kadang orang yang sebenarnya tak ada pun mula rasa macam ada anxiety juga sampai kita dah tak percaya mereka yang betul-betul ada anxiety.

Menjengah ke ruangan komen, ada setengah pihak yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan dan ada juga yang mengatakan pada zaman dahulu tiada kesedaran mengenai masalah kesihatan mental seperti sekarang.

komen tiktok komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

isteri fizo omar
28 mins ago

"Suami Tak Jaga Peranakan Ke? Tak Kisah Kesihatan Mental Ke?" - Isteri Fizo Omar Kesal Netizen Wanita Persoal Hamil Jarak Dekat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...