Ular Sawa Seberat 100 Kilogram Belit Seekor Babi Berjaya Ditangkap

Trending

Ular Sawa Seberat 100 Kilogram Belit Seekor Babi Berjaya Ditangkap

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lipis berjaya menangkap seekor ular sawa seberat 100 kilogram di Taman Sri Tempoyang, hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, Mohd Azhar Yusof selaku Pegawai APM Lipis berkata seorang penduduk membuat panggilan berhubung kejadian pada jam 6.13 pagi.

Advertisement

Pihaknya berjaya menangkap haiwan tersebut dalam masa sembilan minit menggunakan peralatan khas, katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : APM Lipis

“Sebelum kejadian, ular sawa dengan sepanjang enam meter itu dikatakan cuba untuk membelit seekor babi namun gagal kerana haiwan terbabit berjaya melepaskan diri.”

Menurutnya, penduduk terbabit mendengar sesuatu bunyi yang bising dan terkejut ketika melihat seekor ular sawa sebelum menghubungi APM.

Walau bagaimanapun, ular sawa tersebut berjaya ditangkap dan dilepaskan di kawasan yang tidak berpenghuni.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...