Ular Sawa 50kg Di Siling Tandas Rumah, Zoey Rahman Ucap Terima Kasih Kepada APM

Hiburan

Ular Sawa 50kg Di Siling Tandas Rumah, Zoey Rahman  Ucap Terima Kasih Kepada APM

Pelakon dan juga personaliti TV, Zoey Rahman tampil mengucapkan penghargaan di atas tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam (APM) menangkap ular sawa seberat 50 kilogram yang dijumpai di siling tandas rumahnya, baru-baru ini.

Siti Nordiana lima sekawan
2 bulan lalu

Kes Saman 5 Sekawan, Siti Nordiana Naik Mahkamah 15 Oktober, Zoey Rahman Antara Saksi

Advertisement

Ujar Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, ular sawa itu telah berada di siling tandas bahagian belakang dalam rumah keluarganya itu sejak dua minggu yang lalu.

Jelasnya lagi, mereka sekeluarga bernasib baik kerana tandas tersebut jarang digunakan dan penemuan itu terjadi apabila ayahnya telah masuk ke dalam kawasan tersebut untuk mengambil barang.

Advertisement

Ayah berasa curiga dan memanggil bapa saudara yang tinggal berdekatan untuk memeriksa keadaan siling tandas itu. Bila disuluh dengan lampu, baru nampak ada seekor ular sama berlingkar di situ.

Ayah saya terus menghubungi APM untuk datang menangkap ular sawa berkenaan. Selepas ditangkap, tak sangka ia agak besar dan dianggar seberat 50 kilogram.

Zoey dalam pada itu merasakan ular sawa itu datang daripada kawasan semak samun di belakang rumahnya yang berlokasi dekat dengan sungai dan dusun buah-buahan.

Ucapan syukur dan terima kasih dizahirkan Zoey di atas pertolongan APM kerana dia kini sudah tidak perlu risau dengan keselamatan ahli keluarganya di rumah setelah haiwan liar itu ditangkap.

Dia juga turut berkongsikan video ketika proses penangkapan ular sawa berkenaan di Instagram untuk tatapan peminat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...