Ular ‘Menyapa’ Ketika Bersanding, Reaksi Pengantin Ini Buat Tetamu Tak Senang Duduk

Trending

Ular ‘Menyapa’ Ketika Bersanding, Reaksi Pengantin Ini Buat Tetamu Tak Senang Duduk

Pengantin bersanding atas pelamin sambil bermain ular sawa mungkin jarang dapat kita lihat tetapi tidak bagi dua pasangan sejoli ini yang memilih ular sawa jenis Albino Burmese Phyton di atas pelamin mereka.

Advertisement

Bahkan majlis perkahwinan pasangan Hazreen Syafiela Alang Abd Hamid dan Mohd Hafiz Jaafar pada 26 November lalu itu juga gempak dengan kehadiran seekor ular tedung.

Dua haiwan reptilia itu memeriahkan sekaligus memberikan kelainan di majlis kedua-dua mempelai berkenaan apabila tetamu yang hadir cukup teruja menyaksikan persembahan menjinakkan seekor ular tedung yang dikendalikan Nurul Nabila Shariman dan Rosnah Johar serta Ieshah Hamzah daripada kumpulan Pawang Ular Family.

Hazreen Syafiela yang bertugas sebagai penolong pegawai perubatan di sebuah universiti tempatan berkata, dia menjemput kumpulan Pawang Ular Family membuat persembahan bersempena hari bersejarah beliau sebagai simbolik kerana selepas ini dia tidak akan terlibat lagi dengan sebarang permainan ular tedung untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga.

Gadis ini juga memang terkenal dengan hobinya yang gemarkan haiwan eksotik seperti ular. Kami kongsikan dengan anda koleksi gambar beliau bersama ular.

Kedua-dua pasangan sama cantik sama padan itu benar-benar menarik perhatian tetamu, apabila kedua-duanya turun dari pelamin untuk menyaksikan secara dekat persembahan ular tedung dan kemudian kembali duduk di atas pelamin sambil bergambar dengan ular sawa tersebut.

Hazreen Syafiela yang berasal dari Perak ini bertemu jodoh dengan jejaka dari Gemencheh. Gadis yang berusia 26 tahun ini sememangnya peminat haiwan eksotik terutama ular dan merupakan salah seorang pemain ular di Malaysia.

Kalau ular jinak, tiada masalah kalau tampilkan pada majlis sebegini. Tapi kalau ular jenis liar jangan cari nahas ye. Agaknya anda berani ke kalau bawak ular datang ke majlis bahagia anda?

Sumber:Hazreen Syafiela

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...