Pelakon Faizal Hussien mengakui memilih untuk tidak menegur pelakon yang bermasalah atau kurang berdisiplin ketika berada di set penggambaran demi menjaga keharmonian dan hati rakan pelakon.
Saya tidak pernah tegur lakonan sesiapa walaupun dia ulang babak lapan kali kerana mahu menjaga hati. Sekiranya penggambaran itu mengambil masa dalam tujuh hari, saya tidak mahu teguran atau herdikan itu menjadi perkara yang menyakiti hati sesiapa. Itu lebih baik.
Faizal turut menegaskan bahawa perasaan pelakon tidak boleh diganggu, kerana tekanan, pergaduhan atau salah faham boleh menjejaskan fokus dan mutu lakonan secara keseluruhan.
Setiap kali menjalani proses penggambaran, saya lebih memilih untuk mengekalkan keharmonian. Pada saya, perasaan pelakon tidak boleh diganggu.
Apatah lagi pergaduhan, herdikan dan salah faham. Pada saya, tekanan sebegitu boleh mengganggu fokus dan emosi pelakon lain. Secara tidak langsung menjejaskan mutu lakonan.”
Pelakon drama Bidaah ini juga berkongsi pengalaman pernah diherdik pelakon senior, namun tidak menganggapnya sebagai buli.
Suatu ketika dahulu, saya ada juga diherdik pelakon senior tapi saya tak ambil hati atau menganggap itu sebagai buli.
Kalau ikut umur, kadangkala kita kena juga ambil nasihat artis senior. Mungkin disebabkan perbezaan usia, mereka tidak faham apa yang pelakon senior cuba sampaikan. Saya pun masa muda mungkin begitu.
Faizal menyedari bahawa industri seni tempatan masih memerlukan peningkatan dari segi disiplin dan kesedaran untuk kelancaran produksi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.