Bayangkan anda dalam keadaan lapar dan singgah di kedai serbaguna atau restoran untuk makan. Anda beli makanan yang dijual di situ, dan ingin makan di meja dan kerusi yang disediakan, tetapi ianya dipenuhi para pelajar yang menjadikan tempat itu seperti perpustakaan persendirian. Pasti sakit hati, bukan?
Tambahan pula pelajar-pelajar ini tidak makan, tetapi menggunakan kerusi dan meja di situ berjam-jam lamanya, sedangkan pihak universiti sudah menyediakan perpustakaan serta bilik asrama untuk pelajar mengulang kaji.
Seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu gambar menunjukkan pelajar menggunakan kerusi dan meja makan di sebuah outlet Family Mart untuk mengulang kaji pelajaran, menyebabkan pelanggan yang membeli makanan sukar untuk makan di situ.
Sila jangan ulangkaji pelajaran di Family Mart

“Boleh fokus ke?”
“Yang study kat restoran ni acah saja selalunya.”
“Halau saja budak-budak yang ulang kaji di restoran atau kedai serbaguna.”
“Kenapa bazir masa ulang kaji di Family Mart?”
Apa yang diperkatakan ada benarnya. Ada tempat yang sesuai untuk mengulang kaji dan anda tidak sepatutnya menyusahkan mereka yang sememangnya datang untuk makan di situ kerana kerusi dan meja yang disediakan sememangnya untuk mereka.
Tambahan pula tempat seperti itu mestilah bising dan tidak sesuai untuk mereka yang mengulang kaji. Gunalah fasiliti yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran di masa hadapan. – amazingnara.com