Dalam kita sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut lebaran yang akan tiba tidak lama lagi, masih ada saudara yang tidak berkecukupan dan memerlukan.
Dalam sedar ataupun tidak, masih ramai yang tidak didengar suaranya, dibiarkan sendiri tanpa sokongan. Setiap dari mereka memerlukan sokongan dan peluang sama dengan yang lain tanpa membezakan kisah mereka.
Alangkah bagusnya jika kita dapat membantu tanpa meninggalkan sesiapa seperti video ini.
Bagi meraikan ulang tahun Sunway ke-50, mereka kekal berdedikasi untuk memenuhi janji bagi “tidak meninggalkan sesiapa di belakang”, melalui inisiatif CSR Sunway iaitu #SunwayforGood.
Sunway tetap berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan, terutamanya dalam tiga aspek utama. Iaitu, pendidikan, kesihatan dan pengayaan komuniti.
Terdapat ramai yang kini dapat meneruskan hidup mereka dengan peluang yang diberikan oleh Sunway dan masih ramai yang akan diberi peluang.
“Saya risaukan anak-anak” Pejuang HIV
Norlela Binti Mokhtar, seorang wanita, ibu dan pejuang HIV. Sebagai seorang wanita, tentu tidak kuat apabila mengetahui beliau telah menghidap penyakit HIV dan hanya mampu bertahan hidup selama 10 tahun. Namun, sebagai seorang ibu beliau tetap perlu kuat demi anak-anak.
Dihindari dan dibiarkan sendiri saat beliau sedang berjuang. Apa yang diperlukan adalah, sokongan, bantuan dan paling penting adalah untuk suaranya didengari.
Dengan sokongan Sunway dan Malaysian AIDS Foundation (MAF) yang memberikan pertolongan dari segi kos rawatan dan sokongan emosi, kini Norlela tidak lagi ketersendirian.
Sempurna Dalam Ketidaksempurnaan
Ramai anak-anak muda di luar sana yang dahagakan pendidikan dan mempunyai minat tersendiri. Namun, tidak semua diberikan peluang dan ruang yang sama.
Ng Sing Hon, seorang anak muda yang dilahirkan dengan Sindrom Down. Tidak mempunyai ruang yang tepat bagi beliau untuk menerima pendidikan dan menerokai minatnya.
Dengan bantuan Sunway dan Generating Opportunities for the Learning Disabled (GOLD), beliau kini mempunya sokongan dan ruang untuk berinteraksi, belajar dan bermain.
Membantu Mengutamakan Masyarakat
Ramai diantara kita yang ingin membantu dan hadirkan diri secara sukarela ke hadapan. Seperti, Kiran Seth, Sukarelawan #SunwayforGood yang sentiasa hadir untuk membantu di sebarang acara amal yang dianjurkan Sunway.
Kegembiraan yang diterimanya dengan melihat wajah gembira anak-anak yang dapat memilih barang-barang yang mereka inginkan dan membantu mereka yang memerlukan.
#SunwayforGood Komited Dalam Pembangunan Komuniti
Sunway meraikan ulang tahun ke-50 dengan mengekekalkan inisiatif untuk terus membantu mereka yang memerlukan dengan rakan-rakan kerjasama jangka panjang seperti Malaysian AIDS Foundation (MAF), Selangor Youth Community (SAY), Rise Against Hunger Malaysia, National Kidney Foundation (NKF), Generating Opportunities for the Learning Disabled (GOLD), dan Kechara Soup Kitchen bagi menyokong masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan di seluruh negara.
Inisiatif Sunway ini wajar dicontohi orang ramai untuk turut membantu memberikan bantuan, sokongan dan peluang bagi mereka yang memerlukan tanpa meninggalkan sesiapa.