Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ukur Baju Di Badan Sendiri, Mimi Lana Bidas Kenyataan Industri Perfileman Sudah Tiada Naskah Berkualiti

Pelakon yang kini semakin menyinar, Mimi Lana tampil membidas kenyataan sesetengah individu yang menyatakan industri perfileman negara sudah tiada naskah yang berkualiti untuk dipersembahkan kepada penonton.

Mimi dilihat telah menjawab komen seorang individu yang telah menulis di laman Instagramnya mempertikaikan mengapa Malaysia tidak mempunyai drama dan filem seperti yang ditayangkan di luar negara dan hanya mengetengahkan isu seperti cinta terhalang dan seumpamanya.

Advertisement

Berikutan itu, Mimi turut memuat naik beberapa keping poster filem yang dianggap mempunyai kualiti serta standard yang tersendiri menerusi akaun Instagram Storynya.

“Banyak je filem di Malaysia yang tak berkisahkan cerita cinta dan bagus-bagus. Pergi cari. Alangkan filem Malaysia buat filem best-berst pun ramai jugak yan tengok cetak rompak. Hmmm. Ukur baju di badan sendiri.”

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat telah mengutarakan pendapat tersendiri mengenai isu tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Perkembangan terkini, Mimi kini sedang rancak mempromosikan filem terbaru lakonannya iaitu Saka Nan Sepi. Turut membintangi filem tersebut adalah Syafiq Kyle, Namron, Sherry Alhadad, Ayie Hushairi Husain dan Han Zalini.

Saka Nan Sepi kini boleh ditonton menerusi saluran Astro First dan telah ditayangkan di saluran Astro First.

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama