Ukraine Gali 600 Kubur Sebagai Persiapan Awal Hadapi Kes Kematian COVID-19

COVID-19

Ukraine Gali 600 Kubur Sebagai Persiapan Awal Hadapi Kes Kematian COVID-19

Beberapa negara yang menerima kesan penularan jangkitan virus COVID-19 sedang bertungkus-lumus menjalankan pelbagai tindakan untuk menyelamatkan orang ramai. Sedikit berbeza di negara Ukraine apabila pihak kerajaan mengarahkan untuk mempersiapkan ratusan lubang kubur dalam usaha mengharungi wabak ini.

Operasi penggalian kubur secara besar-besaran di Dnipro itu dikira sebagai langkah awal sekiranya terdapat jumlah kes kematian yang meningkat secara mendadak. Tindakan itu bukan sahaja sebagai persiapan awal Ukraine menghadapi wabak ini namun juga sebagai peringatan sinis kepada rakyat negara itu supaya mematuhi arahan kerajaan. Jika tidak mendengar arahan, salah satu kubur yang digali mungkin menjadi destinasi terakhir mereka.

Advertisement

tapak perkuburan

tapak perkuburan

Pihak pengurusan tanah perkuburan awam Dnipro telah siap menggali 600 lubang kubur dan ribuan beg mayat turut disediakan.

tapak perkuburan

Persiapan ini dilakukan untuk memudahkan petugas menghadapi kes kematian tanpa perlu menunggu tapak perkuburan siap digali. Secara tidak langsung, kerajaan Ukraine berharap rakyatnya akan kekal berada di rumah sementara pihak kerajaan melawan wabak COVID-19.

Sehingga hari ini, Ukraine mencatatkan 1,892 kes positif COVID-19 dan kematian 57 orang mangsa. Kerajaan Ukraine juga menyatakan kadar kematian yang berlaku adalah 3 peratus berdasarkan 42 juta jumlah penduduk negara itu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...