Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dan kembarnya, Andika Rees Pahamin telah menyambung pengajian mereka di United Kingdom (UK) selama tiga tahun.
Menerusi hantaran video di laman Facebook milik Azhar, dia telah telah berpesan kepada kedua anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan solat lima waktu.
Bapa kepada tiga orang anak itu turut mengatakan bahawa dirinya tidak berasa sedih kerana mungkin sudah terbiasa melihat mereka mengembara ke seluruh dunia memandangkan anaknya menyertai event Jamboree Pengakap atau Girl Guides Dunia sejak kecil.
3 tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan image baru…. UK kan sejuk….. hahahahaa.
Malah, Azhar turut sempat berseloroh agar anak perempuannya itu nanti pulang dengan imej baru memandangkan cuaca di sana sejuk tidak seperti di Malaysia.
Difahamkan, Andika melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-Undang Maritim manakala Leona pula dalam bidang Pengurusan.
Menerusi hantaran video di aplikasi TikTok milik Leona, dia mengakui berasa sangat sedih untuk meninggalkan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.
Malah, dia turut dilihat menangis tanpa henti dan mengakui masih belum bersedia untuk memulakan kehidupan baharu di UK.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.