“Ujian Untuk Diri Dan Keluarga..” – Masih Berusaha, Aslam Akui Tak Mudah Ada Dua Isteri Di Usia Muda

Trending

“Ujian Untuk Diri Dan Keluarga..” – Masih Berusaha, Aslam Akui Tak Mudah Ada Dua Isteri Di Usia Muda

Susulan mempunyai dua isteri di usia yang muda, pempengaruh, Ahmad Aslam mendedahkan ramai yang menghantar mesej peribadi (DM) untuk meminta nasihat berkaitan dengan kehidupan berpoligami.

Ramai minta nasihat macam mana nak ada dua isteri

Namun, Aslam atau nama sebenarnya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, menganggap mesej-mesej yang diterima merupakan gurauan daripada netizen yang suka mengusiknya.

Advertisement

Saya biasanya tak balas DM dan diam sahaja kalau nampak komen sebegitu sebab banyak perkara lain yang saya perlu ambil kira.

Dalam pada itu, suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan dan anak Abby Abadi, Marissa Dania Hakim itu mengakui kepada pihak Hib Glam bahawa tidak mudah untuk berpoligami di usia muda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Umisya Mzln (@umisyamazlan)

Bagaimanapun, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi kesukaran yang dialami demi menjaga hati banyak pihak.

Akui tak mudah hidup berpoligami

Apa pun tidak mudah, susah dalam enam bulan pertama sebab kita nak biasakan diri bahkan sampai sekarang pun saya cuba buat yang terbaik. Mana tak boleh, saya tetap usaha dan masih banyak yang perlu saya perbetulkan.

Tambahannya lagi, dia mengakui berasa kurang selesa kehidupannya menjadi perhatian warganet tetapi bersyukur Allah membuka jalan untuk dia mencuba perkara baru dengan dilantik sebagai wajah kempen.

Sekadar info, Aslam berkahwin dengan isteri keduanya, Marissa Dania di Songkla, Thailand pada Disember 2023 ketika Umisya yang mempunyai tiga anak mengerjakan umrah bersama keluarganya.

2025-07-21 14:18:19

Aslam Kerap Kongsi Video Bersama Umisya Mazlan, Netizen Tanya - "Tak Sakit Mata Ke Marissa Tengok Dorang Ni?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...