“Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM Diteruskan Walaupun Dalam Situasi Banjir” – Menteri Pendidikan

Berita

“Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM Diteruskan Walaupun Dalam Situasi Banjir” – Menteri Pendidikan

Melalui laporan Astro Awani, Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang telah dijadualkan pada 2 Disember kekal diteruskan biarpun terdapat beberapa pelajar di sesebuah negeri kini sedang melalui situasi banjir.

fadhlina sidek

Advertisement

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pihaknya telah menyiapkan diri sepenuhnya bagi memastikan kelancaran SOP Ops Payung untuk semua calon yang duduki peperiksaan itu bermula hari ini hingga Khamis.

KPM sedia melaksanakan peperiksaan dalam situasi banjir berdasarkan kepada SOP Ops Payung yang akan terus dikemas kini.

banjir

 

Katanya lagi, keputusan meneruskan Ujian Bertutur SPM buat calon ini juga selepas mengambil kira nasihat daripada NADMA.

Fadhalina memaklumkan pelajar yang berada di negeri banjir kini ditempatkan di asrama atau pusat peperiksaan allternatif bagi memastikan mereka dapat keselesaan ketika mengambil peperiksaan tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

mansuh peperiksaan untuk kurangkan tekanan murid
4 weeks ago

KPM Kekal Mansuh UPSR & PT3 Demi Kurangkan Tekanan Murid - Fadhlina Sidek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...