February 28th, 2018

Ude Wahid memberitahu Berita Harian Online bahawa dia tidak lagi mempunyai hati kepada isteri pertamanya justeru tiada sebab untuk terus mempertahankan perkahwinan mereka.

Gambar: Berita Harian

Ude juga kecewa dengan tuduhan melulu netizen mengatakan dia bapa tidak bertanggungjawab.

Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.

Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya.

Buat masa ini, dia masih belum melafazkan cerai kerana perlu berbincang menenai nafkah dan hak penjagaan anak.

Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak.

Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes.

Intan Liana Saleh, isteri pertama Ude bagaimanapun memberitahu masih sayangkan suaminya dan tidak tahu mengapa Ude ingin menceraikannya.

Ude telah memfailkan permohonan cerai terhadap Intan pada 30 November tahun lepas, hari yang sama Intan membuat pendedahan kepada Utusan Online bahawa suaminya telah bernikah dengan Izreen Azminda secara rahsia pada Ogos.- beautifulnara.com

70 responses to “Ude Wahid Akui Sudah Tiada Hati Pada Isteri Pertama, Perpisahan Jalan Terbaik”

  1. hi!,I like your writing so so much! share we keep up a correspondence extra approximately your article on AOL?
    I need a specialist in this house to unravel my
    problem. Maybe that is you! Looking ahead to see you.

  2. bigmama says:

    klu aku jadi istri pertama ,aku bagi sekali anak kat izreen tu biar die rasa nk jaga anak tiri ,jangan sedap nak bapak jer… amik pakej dgn ank sekali.

  3. Anonymous says:

    nape ek? sbb wife 1 tak vogue mcm wife 2 ke smpi tgk pun tak lalu ke?
    klu smpi skrg wife 1 xtau awk menduakan dia, agak2 awk file cerai x ek?
    ke ada syarat once awk mendua, awk kena lepaskan yg 1 tu?
    haih…! lelaki mmg xrugi apa…pompuan jgk yg kena..
    bertabahlah intan..

    #webesideyouintan

  4. ABC says:

    “Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes.”

    DUDE. Sebutan kes apa? Sebutan kes kau nak lepaskan dia kan? So apanya yg terkejut sangat? Don’t be dramatic, please. And don’t be ‘terkejut’ dengan people’s reaction, unless there is very clear evidence that Intan has done you a major wrong sampai harus melepaskannya.

    Ingat, perceraian perkara halal yg amat dibenci Allah.

  5. sr says:

    senang sungguh jawapan lelaki..dh dpt benda baru ..xsuka yg lama..harap intan tabah..