Udara Dalam Peti Sejuk Tak Cukup Untuk Simpan Makanan Yang Banyak, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Branded

Udara Dalam Peti Sejuk Tak Cukup Untuk Simpan Makanan Yang Banyak, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Bila kita sebut pasal barang keperluan yang wajib ada di rumah, rata-rata antara kita akan jawab peti sejuk sebab ia dapat memudahkan kehidupan seharian kita.

Tambahan, peti sejuk ni amat penting sebab ia dapat menyimpan bekalan makanan dan minuman untuk tempoh yang lama. 

Tapi anda tau tak, sebelum beli peti sejuk, anda wajib tahu dahulu antara kelebihan yang ditawarkan sebab risau peti sejuk tu tak mampu untuk mengekalkan kesegaran makanan. Dah membazir jadinya.

Haa, dah alang-alang cakap pasal peti sejuk ni, jom kami nak share antara kelebihan yang anda boleh dapatkan kalau anda dapatkan peti sejuk LG InstaView.

1. Boleh Lihat Keadaan Makanan Dalam Peti Sejuk Dengan Ciri Door-in-Door

Siapa kat sini suka beli barangan memasak banyak-banyak dan simpan dekat dalam peti sejuk. Haa, mesti anda pernah alami masalah terbeli barang yang sama dua kali betul tak?

Dengan ciri Door-in-Door yang ada pada peti sejuk LG InstaView ni, kini anda tak perlu risau kalau terbeli barang yang sama sebab dengan hanya dua ketukan pantas pada panel kaca peti sejuk, anda dapat lihat isi kandungan yang ada pada bahagian dalam. Wow, bestnya!

Selain itu, anda juga dapat jimat banyak masa untuk periksa barangan harian anda tanpa perlu risau udara sejuk keluar dan dapat memastikan makanan lebih segar pada tempoh yang lama. Hanya ketuk dua kali saja pada peti sejuk dan anda boleh tengok sendiri isi dalam peti sejuk.

2. Penyediaan Udara Yang Mencukupi Serta Berkapasiti Tinggi

Kalau anda jenis yang selalu beli barang sekali harung tapi risau peti sejuk tak muat dan takut makanan cepat busuk, anda memang wajib dapatkan peti sejuk LG InstaView ni. 

Untuk pengetahuan, peti sejuk ni mampu menyimpan pelbagai barangan tau dan ia berkapasiti sehingga 635L. Wah, besarnya!

Selain itu, ia turut hadir dengan ciri petak akses yang dapat membantu anda untuk mendapatkan barangan yang anda kerap guna dengan cepat seperti susu, keju dan makanan ringan tanpa perlu membuka pintu serta dapat mengurangkan jumlah udara sejuk keluar. 

Tapi, mesti anda risau barangan akan cepat busuk kalau lama sangat simpan barang dalam peti sejuk betul tak? Dengan peti sejuk LG InstaView ni, anda tak perlu risau lagi sebab ia hadir dengan ciri LINEARCooling.

Fungsi ciri ni adalah ia dapat mengurangkan turun naik suhu serendah ±5°C serta dapat mengekalkan kesegaran barangan anda sehingga 7 hari. Menariklah peti sejuk LG ni!

3. Dilengkapi Dengan Ciri UV Nano Dispenser Air & Ais

Untuk anda yang sentiasa sibuk dan nak minum air yang bersih, anda patut dapatkan peti sejuk LG InstaView ni sebab ia dilengkapi dengan ciri UVnano™  Dispenser tau. 

Dengan ciri ini, ia boleh membasmi bakteria sehingga 99.999% so anda boleh isi air minuman yang bersih dengan lebih pantas dan nak tambah ais pon boleh juga tau. Wow!

Apa yang menarik tentang ciri ini adalah ia dapat membersihkan bahagian dalam muncung air secara automatik selama 10 minit setiap jam tau atau anda juga boleh aktif secara manual. Haa, air segar setiap kali bukan masalah! 

Makanan Kini Dijamin Sentiasa Segar Dengan Peti Sejuk LG InstaView

Haa, banyakkan ciri-ciri menarik yang boleh didapati daripada peti sejuk LG InstaView ni? Lagi menarik kalau anda letak satu dekat rumah. Confirm best!

Kalau anda nak tahu, peti sejuk ni juga hadir dengan pemampat Linear Inverter LG yang dapat memberikan sehingga 32% penjimatan tenaga, ketahanan berkadar tinggi serta dapat mengawal suhu optimum untuk memastikan makanan lebih segar dalam tempoh yang lama.

Barang baik mestilah kami akan kongsikan. Kalau anda nakt tahu lebih tentang peti sejuk alaf baru ni, layari laman web rasmi mereka di LG Malaysia atau ikuti media sosial mereka di Instagram, Facebook, dan YouTube

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...