July 24th, 2013

Tinggal 2 minggu sahaja lagi, Hari Raya akan menjelma. Teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. Time-time ini mesti tengah sibuk tulis kad raya nak hantar kepada kawan-kawan. Siap beli setem banyak-banyak. Lenguh jugak tangan nak menulis.
cadburyNamun teknologi yang berkembang pesat menyebabkan tradisi menghantar kad raya ini telah ditelan zaman. Rasanya dah dekat 7,8 tahun Abang Nara tak dapat walau sekeping kad raya pun. Sekarang ini trend orang hantar ucapan ikut SMS, Whatsapp dan macam-macam lagi. Memang menyenangkan tapi Abang Nara rasa tak ada yang special mengenainya.
cadburySuatu hari ketika berbuka puasa bersama rakan-rakan, Abang Nara menerima 2 keping coklat Cadbury daripada seorang kawan. Comel sangat coklat Cadbury nie siap ada reben. Ingatkan memang untuk dimakan ketika morey, rupa-rupanya ada mesej istimewa di dalam coklat Cadbury ini.
cadburyDengan pantasnya Abang Nara pun membuka kedua-dua coklat Cadbury ini. Rupanya ada mesej yang ditulis khas di atas coklat ini. Memang terharu dan terkejut Abang Nara dibuatnya. Ini memang suatu yang unik dan tak pernah Abang Nara terima selama ini. Terasa diri ini sangat istimewa.
cadbury
Tanya punya tanya, rupa-rupanya coklat Cadbury dengan mesej istimewa di dalamnya ini adalah bersempena kempena “Say It With Cadbury Raya”. Bagi Abang Nara, ini idea yang sangat awesome. Ucapan Hari Raya Raya menerusi coklat pastinya akan meninggalkan seribu kenangan istimewa kepada si penerima. Kreatif sungguh Cadbury.
cadburyAnda boleh mencuba Say It With Cadbury bersempena Hari Raya di pasaraya Tesco yang terpilih pada 2 hujung minggu (Sabtu dan Ahad) yang seterusnya iaitu 27, 28 Julai dan 3, 4 Ogos. Dan pada 25 Julai ini, khas di Tesco Mutiara Damansara bermula jam 12 – 2 petang, anda berpeluang menjadi orang pertama membuat mesej peribadi dengan Say It With Cadbury Dairy Milk sebelum orang lain sempena Prebiu Eksklusif untuk peminat Cadbury Dairy Milk Malaysia. 50 peminat pertama akan berpeluang menerima bar coklat Cadbury Dairy Milk 175g dengan PERCUMA dan membuat mesej peribadi anda! Best kan?
cadburyTunggu apa lagi? Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk berkongsi kegembiraan dan semangat Raya bersama orang yang tercinta. Rebut peluang ini sebelum terlambat. Abang Nara pun ingat nak pergi buat satu untuk wife tercinta. Bagi surprise sikit kat dia. Untuk info lanjut , jangan lupa layari Cadbury Dairy Milk Malaysia.


Comments are closed.

Loading...