May 12th, 2015

Walaupun sudah tidak berstatuskan suami isteri, Zamarul Hisham dan Diana Rafar masih lagi berhubungan secara baik. Mereka berdua juga dilihat sering meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Ini satu inisiatif yang sangat baik. Penceraian bukanlah bermakna berpatah arang berkerat rotan. Selagi mana yang termampu kenalah sering berhubung lebih-lebih lagi demi masa depan anak-anak.

diana rafar

Kalau sebelum ini Zamarul Hisham pernah mengeluarkan kata-kata romantis buat isterinya ketika hari sedang hujan, kali ini bersempena hari jadi Diana Rafar, ayat yang ditulis oleh Zamarul mampu menyentuh jiwa. Walaupun simple sahaja kata-katanya, tapi cukup bermakna jika dihayati bersama. Tulis Zamarul:-

Selamat ulang tahun kelahiran… buat Diana Rafar, semoga dipanjangkan umur, diperluaskan pintu rezeki dan penghijrahan ini dirahmati Allah.. Dalam meniti titian hidup ini bukan Perfect yang kita impikan tapi kesempurnaan yang wajib yang kita inginkan. Be a good mother, a good wife, and good muslimah yang solehah… Happy birthday mama!

diana rafar

Sebenarnya Abang Nara berharap agar Zamarul Hisham dan Diana Rafar kembali bersatu. Zamarul pun nampak gaya macam masih dalam proses memujuk bekas isterinya itu. Insya Allah akan berhasil. Kata orang tua-tua hati perempuan ini macam kerak nasi. Lama-lama akan lembut jua. Apa pun, selamat hari jadi buat Diana Rafar. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

P.S: Pepatung yang sangat comel dan menakjubkan


Comments are closed.

Loading...