Masa berlalu terlalu pantas sekarang, siapa sangka rupa-rupanya pelakon Zahiril Adzim dan Sheira Ayob telah 5 tahun mendirikan rumah tangga. Bersempena dengan tarikh penuh bermakna itu, Zahiril menerusi akaun Instagramnya memuat naik satu ucapan buat isteri tercinta.
Rata-rata peminat yang membaca ucapan tersebut merasa kagum apabila Zahiril amat menghargai isterinya dan meluahkan rasa syukur kerana dapat menempuhi susah senang hidup berumah tangga bersama Sheira.
Ramai yang mendoakan agar perkahwinan pasangan ini akan kekal bahagia sehingga akhir hayat.
Berikut merupakan ucapan penuh Zahiril :-
InshaAllah, rumah tangga Zahiril dan Sheira akan berkekalan sehingga ke jannah. Dalam perkahwinan perlukan kesabaran, kesetiaan, kejujuran,kepercayaan , cinta, dan toleransi agar dapat mengekalkan rumah tangga yang harmoni.